Saturday, April 24, 2010

Langsuir ada jantan dan ada betina?..... it is not Avatar

.

... dalam satu cerita yang lain, (arwah) Bapak pernah bercerita tentang langsuir betina dan jantan. Perkara yang juga berlaku di sekitar kampung itu.


Dikatakan bahawa langsuir itu ada yang betina dan ada yang jantan. Yang jantan lebih kepada bentuk jin yang lebih besar badannya. Aku pun baru tahu yang langsuir ni ada jantan dan ada betina. Ya lah, langsuir adalah sejenis jin. Dan aku bersetuju kerana langsuir bukanlah hantu roh orang yang mati berkeliaran. Yang aku kurang pasti sama ada langsuir ini sejenis syaitan atau bukan. Kalau ikut cerita-cerita dari Bapak aku, aku berkesimpulan langsuir ini adalah sejenis jin yang tak berkelaskan syaitan kerana kenakalan mereka tak sampai menyesatkan akidah manusia tapi sekadar nakal.



Nak dijadikan cerita, pada satu masa dahulu dalam tahun 60-an, penduduk kampung semakin meluat dengan kenakalan langsuir-langsuir liar ini. Jadi, sekumpulan penduduk kampung telah mengendap dan menemui 'sarang' langsuir ini - sebatang pokok Kekabu yang besar dan berada di pinggir hutan (antara Parit 4 dan Parit 5 sebenarnya).


Pada satu senja, seorang penduduk kampung membawa selaras senapang patah, menuju ke 'sarang' langsuir itu. Pada ketika yang sesuai, langsuir jantan yang dominan menunjukkan dirinya. Dengan lafaz Bismillah... dan selawat, lelaki itu membidik senjatanya tepat ke arah langsuir jantan yang dominan itu.. dan ..'BANGGG!!!!'



Langsuir jantan itu terus lenyap. Berlaku kekecohan. Tak lama kemudian, segala-galanya kembali senyap dan selesai....



Kata Bapak lagi, selang 2 hari kemudian, satu kampung terhidu bau busuk yang teramat. Bila penduduk kampung pergi semula ke pokok Kekabu itu, bau semakin menusuk hidung. Pengit dan pahit. Namun, tiada apa untuk dilihat. Tak nampak apa-apa...


Kecuali lalat-lalat hijau dan langau yang beribu-ribu banyaknya berterbangan dan bergayutan pada pucuk-pucuk lalang. Bila aku tanya suasananya, Bapak ceritakan yang lalang-lalang yang berhampiran pokok Kekabu itu semuanya lentuk dan tunduk ke bumi. Kelihatan berat dek banyaknya lalat-lalat yang hinggap.


Bau busuk itu telah menarik lalat-lalat ke tempat itu walaupun tiada bangkai yang kelihatan.






.

8 comments:

xiiinam said...

.............................bau apa tu?



Lari.....!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Yang itu..?
Kentut... hahahah

kakpah said...

cerita2 hantu ni susah nak percaya sebab kita tak nampak melainkan orang2 yang istimewa je yang nampak.
Mak kakpah di akhir2 hayatnya boleh nampak makhluk2 halus ni. Ada beberapa kali dia menunjukkan jari pada benda yang tak kelihatan dan butkan bulu roma menegak di belakang tengkuk.

tasekM said...

start dahhhhh dia memisterinusantara....~

:)



.

Nizam.Ariff said...

KakPah,
Aku dulu masa sek. men selalu jalan tengah malam kat sekitar kampung pukul 12-1pagi... tak pulak pernah nampak benda2 halus tu... dan kalau boleh, memang tak nak nampak pun...


TM,
Bukan apa TM... cuma aku tak mau ko hidup dlam misteri... hahahaha

Anonymous said...

KakPah,

sama la kes ngan (arwah) kakek sy ni...masa hujung nyawa..sy bacakan ayat kursi kat kepala kakek..

pastu kakek tunjuk jari mengadap syiling..dia kate tu anak2 syaitan tgh main2 kat situ...

tp sy tak nmpak la..huhu..



Paman,

cita cmni la bagus..huhu..baru best nak baca...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi suspennnn...zass

Nizam.Ariff said...

Pojie,
betul ke? Pesal tak citer kat aku...

Anonymous said...

Paman...

betul le...ikutkan nepkin paman ni byk gak cita...sbb salu gak ikut kakek kemana2...hoho...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com