Monday, April 5, 2010

Outstation ... segalanya terungkai akhirnya!

.

Mama pesan awal-awal lagi, pada malam semalam, sepemergiannya selama 3 hari ini aku dan Paku Payung kena buat itu-ini. Aku dan Paku Payung angguk-angguk kepala.


'Hari Isnin nanti, kena masukkan tuala dan songkok ke dalam beg sekolah petang. Pastikan botol air penuh untuk sekolah pagi...'

Ok. Ok.


'Jangan lupa pakai cermin mata. Nanti kotak cermin mata tu letak dalam beg sekolah pagi. Jangan lupa pindahkan kotak tu dan dompet duit dari beg sekolah pagi ke sekolah petang masa tengahari nanti...'


Err.. ok. Ok.


'Hari selasa pun sama tapi petang hari rabu ada ko-kurikulum dan sebelah pagi tu ada pendidikan jasmani. Jadi, lipatkan seluar-baju sekolah pagi dan masukkan ke dalam beg sekolah pagi. Pakai baju dan seluar sukan, cari dalam almari tu. Jangan terambil seluar sukan lama, yang itu dah koyak pada kelangkang. Lepas tu, masukkan seluar baju ko-korikulum dalam beg biru, bukan beg sekolah petang tau...'


Ha... ada beg biru? beg mana pulak ni?


Aku terkebil-kebil sambil cuba-cuba nak ingat segala. Jadi macam katak terkena air tembakau. Jadi macam Patrick kawan si Spongebob... 'daaaaa......' sambil mata melangut ke atas, konon-kononnya mencari jawapan.



Paku Payung kerling pada aku dengan pandangan sangsi. Renungannya amat sinis. Menghiris. Pandangan dengan tanda ketakyakinan.


'Mama batalkan je la oustation tu...' kata Paku Payung semacam mengadu.


Sah! Paku Payung memang tak yakin dengan kebolehan aku.




.

12 comments:

kakpah said...

kakpah sungguh yakin ok ok ko sama macam ok ok anak kakpah...
haha..

mama, pegi je. Biar dak nizam ni buat keje. nanti kang dia naik lemak...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Penantian itu satu penyiksaan kak... hahaha

Tijah said...

hahahaha...
tu baru 3 hari ek? cer bayangkan pegi umrah ke 2 minggu.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Tolong la aku yang masih kebingungan ni... Bab suh bangun & mandi cepat tu hanya Mama yang terer... hahaha.

tasekM said...

ah! org laki mmg cenggitu. benda2 kecik pun tak bulih nk handle. silap2 spender sindrik pun tak tau letak kt mana, kan...? semua nk harap bini~

eh! aku pulak yg berleter.

kikikiki.... :P






.

xiiinam said...

Rungkai baik-baik ya....


:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Dah nama jantan... camtu la... hahaha

Cklah,
Tu yang aku malas nak susun balik tu... Malam semalam aku dah susun keluar siap-siap. Cukup untuk 3 hari punya pakai... hahaha

hana said...

heheehe :p kalau hana jadi paku payung, hana juga akan pandang nizam semacam juga :p hehehe.. nak tergelak lagi

kucingorengemok said...

kita yang baca pun rasa macam tak yakin je, haha... usaha tangga kejayaan, practice makes perfect :)

Nizam.Ariff said...

Hana,
Itu prejudis namanya... hahaha


KOG,
Aku yakin, aku boleh... memang boleh... blah... hahaha

secangkir madu merah said...

susahkan nak handle dua jawatan besar dlm satu masa...engkaulah bapa dan ibu..

aku salute ko...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Terima kasih kerana memahami aku.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com