Tuesday, May 11, 2010

Cerita Kedai Kopi ..... Sorry PDRM, salah sapu...

.




Cerita kedai kopi... tapi kami mengeteh sebenarnya dan salah seorang kawan aku minum 3 gelas air suam. Seorang lagi minum teh O ais berlaici... Aku saja yang kekal dengan tema - teh tarik.


Cerita kami?

Agak ilmiah. Kawan aku tanya (menguji sebenarnya) adakah sepatutnya 'Risk Management' berada di dalam 'Project Management' ataukah ia sepatutnya bebas dari 'Project Management'?


Aku cakap ikut syllabus / skema. 'Risk Management' adalah salah satu elemen dalam 'Project Management' seperti kata PMI (Project Management Institute).

Dia kata, 'Tak tepat!'

Tak sepatutnya 'Risk Management' diletakkan dalam 'Project Management' sebab kalau pengurusan risiko dijadikan satu elemen mandiri dalam pengurusan projek, akibatnya risiko itu akan dikenalpasti dan dipantau oleh seseorang yang bertanggungjawab. Sedangkan pengurusan projek itu sendiri adalah pengurusan risiko (dari kacamata pengurus projek) dan risiko itu perlu dikenalpasti dan dipantau oleh semua orang yang terlibat dalam projek tersebut. Maknanya, pengurusan risiko adalah urusan semua orang kerana setiap orang adalah juga penyumbang kepada risiko itu.

'Risk is everybody's business, not you , not me...' katanya.


Ada betulnya juga, sama seperti pengurusan kualiti. Kualiti bukan hak inspektor kualiti atau pengurus kualiti . Juga bukan tanggungjawab jabatan kualiti. Kualiti adalah tanggungjawab semua yang terlibat.



Sama juga seperti kebersihan. Kebersihan adalah tanggungjawab semua, bukan Alam Flora atau Ketua Kampung sahaja.


Sama juga seperti keselamatan. Keselamatan adalah tanggungjawab semua, bukan pihak Polis sahaja. Hmm... agaknya, itu sebabnya si pencuri kereta Perdana V6 Ketua Polis Selangor tulis nota:

"Sorry PDRM, salah sapu..."

Kerana si pencuri itu sedar keselamatan kereta Perdana V6 itu adalah tanggungjawab dia juga...





.

3 comments:

xiiinam said...

Masih ada sisa-sisa etika dalam diri 'penyapu' tu...hi..hi..

secangkir madu merah said...

nizam, mengeteh tu apa maknanya? selalu dengar tapi tak paham...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kalau ada sisa cenggitu, maknanya dia masih boleh mahu insaf tu... hahaha

SMM,
Mengeteh adalah kata kerja kepada seseorang yang minum teh bergelas-gelas sambil sembang-sembang sampai tak hengat nak balik rumah..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com