Tuesday, May 25, 2010

Kenapa aku disuruh pilih? ... alahai, payahnya...

.

Entah kali yang ke-berapa aku mimpi begini, dah tak ingat. Dah banyak kali kut kalau nak dihitung seumur hidup...


Entah macam mana, aku baru selesai mandi pagi di tali air di kampung. Dalam remang-remang subuh itu, aku bertuala pulang ke rumah yang jaraknya lebih kurang 3 rantai. Dalam perjalanan pulang itu aku berselisih dengan beberapa kanak-kanak berbasikal untuk ke sekolah.


Sebelum masuk simpang ke jalan rumah, aku jemurkan tuala aku pada penyidai yang diperbuat dari buluh yang dipacak dan direntangkan selari dengan jalan kampung itu.


Tetiba aku terasa sejuk semacam. Memang semacam sesangat. Aku tunduk. Barulah aku tahu, aku berdiri tanpa seurat benang diantara pusat dan lutut.


Tidak jauh dari situ, ada segerombolan lagi kanak-kanak berbasikal menuju ke arah aku. Cepat-cepat aku cuba capai tuala yang aku sidai tadi. Tapi sungguh aneh! Bila aku cuba capai tuala itu, penyidai itu tiba-tiba menjauhi aku. Seumpama kamera yang tadinya zoom-in kini telah di zoom-out! Menjauhi aku...


Dan tetiba, aku telah di 'zoom-out' ke hujung kampung, di simpang jalan besar. Dan semestinya masih berbogel. Aku terlihat beberapa makcik dan pakcik berjalan di jalan raya menuju ke pekan dan akan berselisih dengan aku dalam beberapa minit lagi.


Aku panik! Aku malu! Untuk mengelakkan kemaluan menjadi lebih besar, aku nekad terjun ke dalam parit yang airnya separas pinggang dan berselut. Selamat!


Aku terus 'meranduk' air dan selut itu untuk pulang ke rumah. Setibanya di simpang jalan masuk rumah orang, aku terpaksa 'meranduk' di bawah satu jambatan yang diperbuat dari gelung simen (hume). Selut semakin menebal. Aku mula terasa geli-geli dan gatal-gatal dari pinggang ke bawah, terutamanya di tempat yang berkesulitan.


Aku 'kecau-kecau' air dan aku terlihat ada sesuatu di bawah permukaan air dekat jambatan itu. Aku terlihat ada satu mayat yang terbenam / terendam di dasar sungai itu. Mayat itu pucat dan matanya terbolong ke dalam. Cepat-cepat aku meranduk air . Tak jauh dari situ, aku terlihat lagi satu mayat yang sedang mereput betul-betul di bawah jambatan itu, di hadapan aku.


Hah! Aku sekarang dalam dilema.


Sama ada aku tempuhi satu lagi mayat reput di bawah jambatan itu... ATAU...
Aku keluar dari sungai dan naik ke jalan dalam keadaan berbogel.

Nota: di jalan itu ada beberapa kanak-kanak sedang berbasikal ke sekolah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sedang berjalan menuju ke pekan.


Waduh! Kenapa aku kena pilih antara kengerian dan kemaluan....? Payah.....





.

9 comments:

Tijah said...

huiii. susah nak jawab tuh....

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Tolong la jawabkan... aku dah naik kecut nih berendam lama sangat... hahaha

AZANI said...

salam nizam....daun teratai tak de ke....kalau takpun keladi....pegang depan satu...blkg satu...lps tu jalan buat dek....berlakon jadi org separuh tiang...

AZANI said...

lagipun nizam...ini mimoi...biak pi lah...

apa pula kata tasek?

Anonymous said...

hahahahaha...payah nak pilih tu...choose to wake up la...kan sng..haha

en_me said...

malunyerr.. ekeke

tasekM said...

nizam, nah guni padi. pandai2 la nk buat cemana. aku balik dulu. aku malu.....



:p



.

xiiinam said...

Aku nak curi tuala tu....

Nizam.Ariff said...

Azani,
Betul gak tu.. apsal la aku tak terfikir masa mimpi tu nak 'balut' pakai lumut ekor kucing ke... hahaha

Pojie,
Hah, yang tu pun aku tak terfikir...tapi memang aku dah bangun sebelum aku pilih...

En_me,
Besar punya kemaluan... hahaha

TM,
Eleeeh... malu-malu kucing, tapi intai gak kan? hahaha

Cklah,
Oooo... patutla tuala aku hilang...ada yg curi dalam mimpi aku tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com