Monday, May 17, 2010

Manusia Berwajah Babi... membunuh dan memakan daging manusia

.

Hari tu mendung, hujan rintik-rintik halus. Dalam cahaya samar mendung itu, angin kedengarannya menderu-deru namun pokok-pokok dalam hutan tu taklah bergoyang sangat. Hutan bukit itu penuh dengan pokok-pokok yang besar-besar namun ada beberapa tempat terdapat poket-poket hutan sekunder yang hutannya lebih padat dengan pokok-pokok yang separa rendah, pokok buluh terutamanya.


Aku terpinga-pinga. Aku tak tahu kenapa aku boleh sampai ke situ. Jauh dalam hati aku, aku terasa perlu terus berjalan di celah-celah pokok melalui lorong kecil yang berlumut, basah, becak dan licin. Aneh, tiada bunyi warga rimba. Yang kedengaran hanya deru angin.


Beberapa lama kemudian, aku sampai ke sebuah perkampungan yang rumahnya diperbuat dari batang bertam, atap nipah, dah tiang-tiang tinggi dari kayu-kayu keras. Tetapi, rumah-rumah yang aku anggarkan tak lebih 20 buah itu sedang terbakar. Tiada penghuni. Kampung itu telah kosong, ditinggalkan. Aku hairan.


Aku terus berjalan melalui denai kecil, aku ikut anak sungai penuh batu dan jeram kecil yang tebingnya penuh dengan rumpun buluh. Kemudian, aku terasa seperti diperhatikan oleh sesuatu dari dalam semak. Aku tak sedap hati. Aku cuba lari tetapi akhirnya aku ditangkap oleh 2 orang dan dibawa ke tebing sebelah sana.


Mereka ada dalam berbelas-belas orang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang mundar-mandir sehelai sepinggang. Aku tak nampak pun sebarang peralatan. Salah seorang dari mereka bertanyakan soalan bertalu-talu kepada aku. Tapi, tak satu pun aku boleh jawab dengan pasti. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh sesat ke situ.


Kemudian, aku ceritakan tentang perkampungan yang kosong dan terbakar. Mereka kata, itu adalah kampung mereka. Semuanya dibakar oleh satu puak lain yang bermusuhan. Aku tanya lagi, kenapa mereka lepaskan aku sedangkan mereka tak kenal aku pun. Mereka jawab, puak yang membakar rumah-rumah mereka mempunyai wajah seperti babi dan pendek tetapi tegap dan gagah.


Puak berwajah babi ini biasanya keluar pada hampir subuh dan menangkap sesiapa sahaja untuk dibunuh atau dibawa balik ke tempat mereka yang entah di mana. Tak siapa pun tahu. Mereka kata lagi, dah ramai penduduk kampung itu yang hilang atau mati kena bunuh. Tadi, puak itu datang lagi tetapi mereka semua sempat lari keluar sehelai sepinggang, menyebabkan puak berwajah babi itu marah dan mereka telah bakar semua rumah.



Hari semakin gelap, senja menjelang. Masing-masing mencari tempat tidur: ada diperdu pokok, di bawah batang balak yang condong, ada yang di celah dahan pokok. Aku pula mencari semak yang agak padat berhampiran rumpun buluh, tak jauh dari jeram sungai.


Aku cuba fikirkan 'jerumun' yang macam mana aku patut buat, yang boleh selindung aku dari puak berwajah babi malam nanti. Ada seorang pakcik menolong aku buat tempat tidur. Dia buat satu lorong ke rumpun buluh itu. Dia ambil seberkas rumput-rumput kering dan ranting-ranting kayu untuk dibuat lapik tidur. Dia dan beberapa yang lain pun buat jerumun tak jauh dari tempat aku. Aku rasa, rumpun buluh semacam pagar keselamatan untuk kami.


Malam semakin gelap. Sejuk mula terasa. Aku tak dibenarkan membuat unggun api kerana takut dapat dilihat oleh puak berwajah babi itu. Baringlah aku dalam kesejukkan sambil ditemani bunyi air dari jeram berdekatan. Aku lapar dan sejuk.


Dalam tengah malam, aku terkejut. Aku terdengar seperti seseorang susup-sasap dalam semak. Aku cuba bangun tetapi ada satu tangan menekup mulut aku. Dia berbisik, dia suruh aku diam. Dia kata, puak berwajah babi tu dah sampai. Kami semua kena keluar cepat. Dalam samar-samar malam itu, aku dengar bunyi ranting patah dipijak. Aku toleh ke arah itu. Dengan latar belakang alngit yang lebih cerah daripada gelap hutan, aku dapat lihat kelibat beberapa makhluk berhidung besar dan terjojol dan bertelinga panjang berjalan terhendap-hendap terbongkok-bongkok. Ada sesuatu dalam tangan mereka. Angin malam membawa bau busuk makhluk itu ke lubang hidung aku.


Kemudian, aku terfikir. Kalaulah aku boleh terbau busuk badan mereka, pasti mereka juga boleh menghidu kami. Aku gusar... dan akhir benar. Puak berwajah babi itu terus 'menggempur' orang-orang kampung itu. Jeritan dan pekikan bergema dalam langit malam.


Maka, dalam gelap dan sejuk malam itu, aku berlari dan redah jeram sungai menghala ke hilir. Aku naik tebing dan aku berlari selaju-lajunya. Aku redah segalanya. Di belakang, aku terdengar bunyi geruh seperti babi hutan dan jeritan kanak-kanak dan perempuan. Jeritan maut. Aku tau, tak ramai yang terselamat.


Aku terus ke hilir sungai itu sehinggalah aku dapati aku kembali berseorangan dalam hutan itu. Dan aku masih tak tahu kenapa aku di situ...




Itu mimpi aku malam tadi...



.

7 comments:

tasekM said...

ko ni mmg misteri la bang... ko pikir mende sblm tidor tu sampai mimpi gitu gaya...?



:)


.

kucingorengemok said...

aku mimpi catz kasi aku sambal tumis... begitu cetek fikiranku :)

aza ni said...

salam nizam
mimpimu indah dan bagus untuk cerpen....add boleh jadik novel...

Nizam.Ariff said...

TM,
Teman pikiokan pase hantu kat longkang depan kut nye... hahaha

KOG,
Sambal tumis..?? Catz..?? Hahaha.. nak sikit...

Azani,
Mimpi aku terbantut, nanti cerpen pun separuh jalan je jadinya...

baincardin said...

Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

ckLah @xiiinam said...

Semalam PK seekolah ckLah (Cina) ngamok...
Ada budak Cina bawa bekal babi ke sekolah...dan dia guna sudu kantin..
Siap pelawa budak Melayu lagi....




Serta merta ckLah jadi tak gamak nak makan di kantin.Nasib baik ada bekal biskut kepala lutut buat alas perut sampai tengahari, di gerai wak Domblog..

Nizam.Ariff said...

BainCardain,
Yeay! Nak satu...

Cklah,
Alamak... iye ke??? Budak tu ajak-ajak khinzir je kut... hahaha
Yess.. gulai lemak kepala ikan Nyok-Nyok is the best kat gerai Mbah Domblog...boleh jilat sampai ke kepala lutut (kalau kuah menitis atas lutut..)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com