Wednesday, May 12, 2010

Sketsa: Bercakap bagi pihak kamu....

.


Makcik Wok kesal sesangat.


Sekejap tadi, habis gigil-gigil lengannya menahan geram akibat panahan kutukan orang kampung. Kata mereka, Makcik Wok masak tak sedap macam selalu. Kata mereka, Makcik Wok masak tak konsisten. Itu sebab Makcik Wok tak dapat masuk final. Makcik Wok gagal dalam pertandingan memasak tempe goreng antara kampung.


Geram sesangat dengan cemuhan orang kampungnya sendiri, Makcik Wok angkat sudipnya tinggi-tinggi. Tak, dia tak tak buat apa-apa dengan sudipnya. Tetapi, tangan yang satu lagi itu yang sengaja cari pasal. Tangannya yang itu menunjukkan tanda lucah yang terlampau.


Cepat-cepat Opah Diah, tutup mata anak dara suntinya, 'kuang ajo engko, Wok!' pekiknya kepada Makcik Wok.


Makcik Wok tersedar. Dia geram tapi dia tahu dia telah gagal mengawal emosinya. Orang ramai mula membaling sayur kobis dan kacang panjang ke arah Makcik Wok. Dia kesal sesangat.




Wak Karno merapati Makcik Wok. Sudah tentu kerana dialah yang mengajarkan resepi tempe goreng jawa turun-temurunnya kepada Makcik Wok. Dia turut terpanggil untuk mententeramkan emosi anak didiknya, 'biar aku saja yang menyelesaikannya, Wok...' katanya.


"Kamu sekalian, pada saat-saat begini, dia membutuhi kamu semua.. amat-amat butuh, percayalah!!!"




Tetiba sunyi, kalau sesiapa pun kentut bunyinya boleh didengar jelas. Semua mata tertumpu pada Wak Karno.


Opah Diah keluarkan jari telunjuknya dari dalam telinga anak dara suntinya, kemudian meluruskan telunjuknya yang ada sedikit krim kuning pekat menunjuk ke arah Wak Karno.

"Kuang ajo ko Karno..!!!!"


Maka, sekejap itu jugalah suasana kembali gegak gempita.




.

6 comments:

kucingorengemok said...

mereka butuhkan sokongan kita...

eh lama² rasa semacam kat perkataan butuh ni

Nizam.Ariff said...

KOG,
ya, kita sama-sma membutuhi.. err...lain macam je bunyinya...

tasekM said...

aku butuh masa nak pi jalan2...


.

kakpah said...

eeee... kalau tak tunjuk jari yang ada krim kuning tu tak leh ke..

AZANI said...

aku juga butuh kesempurnaan...

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau jalan2 aku butuh wang...

Kakpah,
Kalau dia cabut jari kat tangan sebelahlagi pun masih ada krim kuning... sebab dia sumbat pakai jari telunjuk... hahaha

Azani,
Juga butuh kesetiaan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com