Thursday, June 17, 2010

Jodoh adalah takdir jua...

.


Sebelum sampai ke pekan Simpang Pulai, aku minta Mama cuba fikirkan kalaulah dia dilahirkan sebagai anak orang asli di atas bukit sana tadi. Bayangkan kalau takdirnya, Mama adalah anak orang asli. Tentu aku tak berjumpa dengannya, tak berkenalan dan tak berkahwin dengannya. Dan Ariff mungkin lain bentuknya, lain irasnya, lain namanya. Sebab Mama Ariff orang lain.

Aku tanya Mama lagi, agak-agaknya Mama buat apa sekarang ni? Berapa orang anak agaknya?


".. apsal kita pulak? Cuba bayangkan kalau abang tu yang anak orang asli...abang tengah buat apa sekarang ni?..." tanya Mama pulak.



Aku terus bayangkan kehidupan yang simple, walau kurang sempurna dari kaca mata orang kota namun ia adalah kehidupan yang secukupnya dan bahagia.



Tapi, aku kata, jodoh adalah takdir. Kalau hendak berlaku, ia tetap berlaku juga. Mungkin satu hari itu, kereta Mama rosak di tepi jalan di atas bukit sana. Dan aku baru pulang dari mencari ulat mulung. Lalu aku pelawa Mama bermalam di teratak buluh sementara menanti trak tunda datang esok pagi. Maka, di situlah bibit-bibit perkenalan terjadi.


Seperti aku kata tadi, jodoh adalah takdir. Jadi, aku dan Mama pasti berkahwin, dan Ariff akan lahir dari cinta kami berdua. Cuma, rambut Ariff tak seperti sekarang ni. Rambut Ariff akan kerinting halus-halus...


"... alaaaa.... tak mau!..." jerit Ariff dari kerusi belakang.






.

5 comments:

Tijah said...

huiiii. liarnya imejinasi tu. kihkihkih

kucingorengemok said...

mesej untuk arif: rambut keriting adalah sangat "in", nyonya rambut lurus pun gi perm kan rambut kat salun, hihi :)

tasekM said...

kog, konsepnya ialah manusia tak pernah puas. yg rambut lurus pi kerinting. yg kerinting pi iron rambut plak.

:)



.

kakpah said...

akak bayangkan ko manjat pokok petai dan pastu duduk tepi jalan jual petai. Akak berenti beli petai ko.
...
kalau ko jadi anak orang asli lah..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Bukan imejinasi je liar... tangan aku juga kerap meliar, kata mama... hahaha

KOG,
Dia tak nak rambut kerinting...katanya

TM,
Sebagai manusia, aku memang tak puas-puas... hahaha

Kakpah,
Patah dahan petai tu kak kalau aku panjat. Aku besar... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com