Saturday, June 12, 2010

Mana boleh habis?.. ini bukankah kedai mamak?

.


Sebelum bertolak ke Melaka untuk ambil Ariff pada malam tadi, aku singgah isi minyak RM 40. Cukuplah tu. Baki RM 10. Usai mengisi perut Honda, aku perlu mengisi perut Hondua pula. Aku tanya Mama, nak makan apa sebelum masuk Elite dan Plus. Sebab R&R Dengkil ada naik-taraf. Ditutup.


Ah! Kita makan yang ringan sudah la. Gunakan baki RM10 tu. Makanya, kami singgah di kedai mamak Stadium Curry House. Biasalah, nama kedai pun dah macam tu, kesemua TV yang tergantung menayangkan sukan, sukan dan sukan. Ada pembukaan FIFA malam tu.


Seorang pekerja mampir di meja kami. Dia tanya kami nak minum apa. Aku syak dia ni baru 2 hari lepas dari imigresen kut. Muka nampak takut-takut je.


" Aku nak Kopi O suam satu..."

Mulut si India (Bangla??) tu entah ngomel apa, aku tak dengar. Tapi kepala nya asyik terteleng atau geleng bila cakap.

"Hah? Kopi O tak ada? Kopi dah habis?..." Aku tanya dia sebab dia gelengkan kepala.


Aik? Takkan kedai mamak dah kehabisan kopi. Setahu aku gula je yang kekurangan bekalan. Kopi pun dah kena catu dek kerajaan. Aku pelik.


Mulut si India (Bangla?) ngomel lagi sambil terteleng-teleng lagi. Entah apa yang dia cakap aku tak pasti.


"Kopi O ada ke tak ada?..." Aku tanya meminta kepastian. Dia cakap sambil geleng-gelengkan kepala lagi. Aku tak puas hati. Aku syak dia tak faham kut. Takpe, aku cakap perlahan-lahan. Kalaulah betul Kopi O tak ada, aku boleh order air lain. Tapi Kopi O keutamaan untuk memandu kereta pada malam-malam begini.


" Kopi O ada?..." Aku anggukkan kepala sambil pandang tepat ke matanya.

Dia ngomel lagi sambil angguk-angguk ikut aku. Aku toleh kepada Mama di sebelah. Eh, betul ke dia ni..?


"Kopi O tak ada?..." aku geleng-gelengkan kepala. Dia sekejap angguk dan sekejap geleng kepala sambil ngomel lagi. Ah! Parah macam ni... ada ke tak ada ni..?


Aku tengok kakak berbaju pink kat depan dah mula ketawa kecil. Tiba-tiba Mama cuit siku aku. Aku toleh kepada Mama di sebelah. Mama tertahan-tahan ketawa tapi sempat berbisik...

"Bang... orang India memang macam tu.. cakap apa pun dia geleng kepala..." Pecah ketawa Mama tapi sempat menekup mulutnya.



Bagai ada petir, aku mula terpikir. Cis! Aku terus cakap aku nak Kopi O dan nasi lemak. Mama Teh Tarik dan nasi lemak.


Beberapa langkah dia beredar dari meja kami, aku dan Mama ketawa mengekek-ngekek. Berderai air mata kami. Aku dah tak kisah. Lantak orang tengok. Mama ketawa sambil tunduk sebalik meja dan aku pula tundukkan kepala, ketawa sambil menahan macho aku.


Aku tak sangka aku melayan satu drama bodoh selama 5 minit itu. Terasa sangat aku ni bodoh... cis!







(sesampai di Alor Gajah, Mama ungkit balik cerita kedai mamak tadi. Kami ketawa bagai nak pecah perut. Nasib baik kereta kami tak terbabas. Maklumlah aku ni pan-asian, bila ketawa mata aku sepet sangat... payah nak agak jalan)



.

8 comments:

ashley said...

hehe..sengih jer..
thank you dengan cerita kelakar ini penghibur di waktu hati hati kami di sini masih gundah gulana..

kucingorengemok said...

tu la, kalau orang tengok cite tamil suka gelakkan... kih kih

ckLah said...

Yenna dey...he..he...



Cute profile pic. baru kau!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Meh kita dating kat BB, nanti aku ceriakan mana yg gundah tu...

KOG,
Errr... lupa lak, ko peminat citer Tamil kan?

CkLah,
Amma..! Hahaha
Tu baru anak, belum bapak dia lagi.. laaaaaggiii cute, macam nak cubit2 je pipinya... heheeh

ckLah said...

Ha? Err..kau cubit2lah sendiri....ekeke...

Anonymous said...

Paman.
len kali ckp je terus bahasa dia..."
annee...teh tarik unnek"..msti dia tak geleng n angguk dah..sbb kagum..hoho

tasekM said...

deme tu mmg gitu. urat tengkuk pesen bulih putor2.

aku ngan darren lama dulu jadi kat subaidah. tanya nasi lemak. nasi lemak ada? dia geleng. tanya balik. tak ada? dia geleng. tanya lagi. ada ke tak ada nih...? dia geleng lagi.

aku rasa nk londehkan je seluor dia. hahaha...

:p



.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Cubit sendir tak bes.. tangan kasar.. kena dicubit dgn tangan halus mulus.. hahaha


Pojie,
Tak mao.. nanti ada org konpius aku ni pan-asian ke bangla pulak...


TM,
Ooo.. ko dah kena jugak le yek? Hahaha. Aku tau, hobi ko memang londeh seluor orang... hahaah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com