Thursday, July 8, 2010

Anak ikan resah menanti malam...habuan

.



Gambar: Google je...


Ikan Keli sawah ada 2 jenis yang selalu ada dalam sawah kami. Masa itu, keli kacukan Afro-Asiana yang boleh sebesar peha lelaki Asia dewasa belum lagi terkenal di Malaysia. Keli sawah itu kami panggil sebagai Keli Liat dan Keli Bunga.


Keli Liat ni warna badannya cerah dan putih. Jarang yang gemuk dan gebu. Jarang ada yang besar. Biasanya, keli ini terdapat di air yang bersih dan mengalir. Dagingnya sedikit liat. Hanya sesuai digoreng garing kerana jika dipanggang, dagingnya akan kecut. Tak banyak minyak atau lemak. Kalau yang kecil, kami buang sahaja. Buang masa nak siang. Kecuali kalau dapat yang besar.


Keli Bunga ni warnanya kekuning-kuningan, badannya ada corak-corak seakan-akan orang yang terkena sopak. Ikan Keli ini lebih garang dan kuat melawan. Juga lebih berbisa. Lebih gemuk dan berlemak. Disebabkan lebih lemak itulah, bila dipanggang minyaknya akan mengalir keluar dan dagingnya lebih empuk. Bak kata orang, kalau digegar ikan keli yang dipanggang, dagingnya boleh bercerai dari tulangnya. Lebih sedap dan kalau dijual, ianya lebih mahal. Ikan keli inilah yang biasanya kami cari di paya-paya.


Kami akan kepit ikan ini dicelah buluh atau kami rodok dengan buluh runcing atau pun kami kepit ikan keli itu dengan pelepah kelapa yang disiang. Ikan keli yang siap disiang dan lumuri dengan garam-kunyit itu kami panggang atas bara api dari tempurung. Siap dibakar, kami akan celupkan ikan itu ke dalam Sambal Santan.


3 ulas ubi cekur.
3 ulas bawang putih dibakar.
2 ulas bawang merah dibakar.
Beberapa helai daun cekur muda dihiris halus-halus.
Beberapa biji cili padi, mengikut darjat kepedasan.
Semangkuk santan kelapa perahan pertama dengan air masak.
Sedikit garam dan gula (jika mahu)
Sedikit air limau (jika mahu).


Tumbuk ubi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga lumat.
Gaulkan dengan semangkuk santan kelapa. Sekali dengan hirisan daun cekur.
Masukkan dan adjust garam, gula (jika mahu) dan air limau (jika mahu).

Ikan keli yang masih panas dipanggang tadi dicelupkan ke dalam sambal santan tadi. Biarkan terendam beberapa ketika sebelum di makan dengan nasi panas.








.

7 comments:

tasekM said...

satu je nk puji lambung tinggi-tinggi.... fandainya memasakkkkkk....






.

ckLah @xiiinam said...

Dalam banyak-banyak objek...kenapa 'peha lelaki' dipilih untuk buat perbandingan?


Err..lelaki yang macam mana?

Hi..hi...hi...

ASH said...

baca resepi yang ada masuk daun cekur..aku rasa macam sedap..
sedap tak?

POS LAJU sedasss...

Nizam.Ariff said...

TM,
Cuba dulu baru puji... hehehe

Cklah,
Peha lelaki tak seseksi peha wanita.. hahaha

Ashley,
Aku pos daun cekur je le, ok tak?
Hahaha

secangkir madu merah said...
This comment has been removed by the author.
secangkir madu merah said...

wah ada resepi masakan...

gambar takde?

kau tau ke camana rupa cekur tu?

Nizam.Ariff said...

SMM,
Pucuk cekur muda dicampur dalam kerabu daun sedap kak ooii... baunye je dah menyelerakan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com