Tuesday, July 6, 2010

Anak ikan untuk santapan yang bernafsu tinggi...

.


Gambar : Google je


Bercerita tentang ikan sawah yang kali ini musimnya tertakwim 3 kali setahun, maka kitaran survival generasi ikan semakin pendek. Secara mudah, generasi ke-2 ikan itu tidak sempat untuk membesar dan matang sebelum air sawah dikeringkan kerana padi sudah berbuah.


Ini mengakibatkan beratus-ratus anak-anak ikan kekurangan air dan mati dalam londang atau lopak-lopak air berlumpur. Hanya yang cekal dan tabah sahaja yang berjaya meneruskan sisa-sisa hidup. Biasanya, anak-anak ikan puyu dan ikan haruan sahaja yang mampu hidup dalam air yang berlumpur dan keruh. Ikan-ikan yang memang jenis bersurvival tinggi, yang secara kebetulannya dari jenis spesis yang rakus-rakus.


Demi kasihan melihat anak-anak ikan yang tercungap-cungap kekurangan oksigen dalam air berlumpur, anak-anak ikan tadi kami tangguk jua. Sebahagian darinya kami pindahkan ke dalam kolam-kolam ikan yang dibuat khas yang airnya masih dalam walau musim menuai. Sebahagiannya lagi kami siang (hanya dipicit atau dibuang perut kerana masih kecil).


Anak-anak ikan ini kami goreng garing-garing. Biasanya Arwah Bapak akan buat Sambal Jelatah Anak Ikan.



Gambar: Google juge...



2 ulas bawang putih yang telah dipanggang.
Beberapa biji cili padi hijau
Sedikit air asam jawa atau limau nipis atau buah belimbing buluh
Garam dan gula(kalau mahu) secukup rasa (gula untuk melawan rasa pedas)
Minyak jelatah dari gorengan anak ikan itu tadi.

Tumbuk bawang putih dan cili padi hijau hingga agak lumat.
Masukkan garam dan gula (kalau mahu).
Masukkan senggenggam anak ikan yang digoreng dan tumbuk hingga agak lumat.
Masukkan air asam jawa sedikit (sesudu) dan minyak jelatah (sesudu) dan gaulkan.
Adjust segala rasa masam, masin, pedas.


Enak dimakan dengan ubi kayu rebus atau nasi yang masih panas beruap.





.

6 comments:

tasekM said...

lain macam je bunyik tajuk tu.... karate nak...?

:p


kejap nk tanya. minyak jelatah tu macam mana gayanya...?


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tjuk kena catchy .. hahaha
Jelatah ialah minyak 3 gorengan ikan ..

iphud said...

kayaknya enak nich ikannya salam kenal mb ... visit me yah Paimen ngenet gratis

Nizam.Ariff said...

Iphud,
Salam kenal juga. Ikannya memang enak, rasanya mungkin tidak... hahaha

Anonymous said...

kami pangil anak kiwak
ada update dlm facebook aku
ulik pbuntar

Aku said...

Ulik,
Mana datang nama kiwak lak ni?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com