Monday, July 26, 2010

Bau-bauan yang merangsangkan dari jiran sebelah...owh tidak!

.


Nih.. nih... aku sensitip sikit ni dengan bau-bauan nih...



Dah terlalu lama aku tak hidu bau-bauan ni, sejak pokok tu kena tebang di rumah mak mertua di Melaka. Sejak itu jugalah aku merengek-rengek minta Mama buatkan bau-bauan yang ni. Dah tahap mengidam orang pompuan mengandung 5 bulan ni...!



Tup-tup balik kerja tadi, aku tercium bau-bauan ni. Aku ingat adalah benda jadah tu di dalam rumah... rupa-rupanya hanya bau yang melintang masuk dari rumah orang sebelah... ghau-ghau bau diyer...






Nak tanya, apa hukumnya kalau jiran goreng cempedak tapi tak pelawa jiran kat sebelah?


Hah! Jawab... jawab!



Mama... kita nak cemedak goyeng....! hu hu hu.





.

9 comments:

Kak Lily said...

Hahaha..macam pompuan mengidam jer bunyiknya.

Akak teka je la. akak tak pernah mengidam. hahahah

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Memang la kak.. keliur kita bila hidu baunya... isk isk..

ashley said...

rumah mak aku kalau berbuah...hai berbakul bakul juga!

ckLah@xiiinam said...

Selalu orang pasang telinga ke rumah jiran...
Kau pasang hidung ya!

:)

secangkir madu merah said...

nizam, memang berdosa jika org sebelah hanta bau je tanpa hanta makanannya...

ngada ngada je kau ni...

gi beli jelah yg dah siap goreng tu..

Nizam.Ariff said...

AShley,
BIla nak berbuah tu? Aku nak la barang sebiji dua...

Cklah,
Abis tu, hidung dah berlubang, mana boleh pekup-pekup. Tak bernafas le.. hahaha

SMM,
Takde la kak.. kita dah cari yang bergoreng.. kalau ada dah lama aku usung ke rumah. Baru nak musim kut...

tasekM said...

tengah tak musim mahal gila buah tu. tu hr aku beli sebijik kecik nonet je kat mydin. sampai sepuloh hengget. ada gak rasa nk bakor mydin jam2 tu.....




.

baincardin said...

HDR is back! Jom layan!!!~ ^_^

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu la pasal... tapi sejak bila Mydin ada kebun ?

Baincardin,
Jom...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com