Saturday, July 3, 2010

Ikan di darat... garam di laut...

.



Masih berkenaan dengan kawan Mama yang gemar memancing, dan aku pula lebih gemar ikan 'darat' berbanding ikan 'laut'. Mana tau ada rezeki lebih, aku minta Mama pesan pada kawannya supaya hulur-hulurlah kepada kami.



Telah menjadi rezeki kami, dia hulur ikan-ikan rohu, pacu, tilapia. Mama gemar masak goreng masam manis dan goreng pelbagai rasa. Aku ada pesan pada Mama, kalau nak mudah, Mama cuma masak 1Rasa pun ok gak... goreng.





Rezeki kami kali ini adalah ikan Belida... agak-agaknya, masak apa yang lebih sedap?





.

10 comments:

hana said...

ikan di laut, asam di darat..
garam di darat? ikan didarat? ikan letak garam..?
Nyatanya..goreng memang best kan.. :)

kakpah said...

ko goreng masak balado (berlada)

Nizam.Ariff said...

Hana,
Goreng rangup boleh ratah tulang sekali.. ye, ia memang best..

Kakpah,
Wokey.. nanti Mama buat...

tasekM said...

aku tak pernah makan ikan nih....




london gila kan aku bang...? ha ha.



.

AZANI said...

salam nizam
masuk akuarium kalau ia masih hidup....kalau dah mati goreng rangup....

Nizam.Ariff said...

TM,
Wooo... u speking london la... hahaha

Azani,
Dah masuk dalam petisejuk beku dah. Kalau masuk dalam petisejuk cryogenic tu mungkin lepas 50thn bila teknologi dah maju boleh hidupkan balik kut... hahaha

Anonymous said...

best...teringat masa dulu2 waktu gagor ikan kat londang tu...berbakul2...plg best masa sapa ntah yang dpt ikan kaloi tu..tp skrg ni dah takde dah...rindunye...

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Masih ada lagi parit tu. Tapi tak pasti kan ada lagi ke tak. 2 bulan lagi boleh la gagor kalau nak, padi pun tengah bunting betis anak dara ni. Sikit lagi buangla air sawah tu...

Anonymous said...

jom paman...lau nak kene bgtau paman angit la..kang abis sume dia racun kang melepas...

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Ikan seluang dan ikan haruan memang sah ada... ikan lain tak tau le... semua dah kena racun Furadan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com