Sunday, July 25, 2010

Kaitan antara hujan lebat dan burung ruak-ruak...

.

Hujung minggu yang kejap panas tapi petang hujan.. bes gilerr...


Tapi, aku hanya memandang rintik hujan dari tingkat 11 bangunan sekolah aku ni. Melihat anak-anak yang bercempera bermain hujan, dulu masa kecik. Ya, aku punyai kelebihan untuk melihat masa silam.



Masa aku kecik-kecik dulu, kalau hujan lebih lebat, lebih aku suka. Ketika hujan lebat itu lah kami keluar ke sawah-sawah tanpa payung. Petir kilat tak menghalang kami. Kami keluar dengan berkaki ayam manakala di dalam genggaman kami ada sebatang kayu sebesar lengan bayi dan sepanjang lebih kurang 2 kaki.


Hujan lebat begini burung-burung sawah 'enggan' terbang jauh. Mungkin sayapnya berat dek butiran hujan. Atau mungkin penglihatannya kurang dek hujuan yang lebat. Biasanya kami akan berjalan secara beriringan dengan jarak 20 kaki.


Kami randuk segala lopak dan semak kecil di dalam sawah. Kalau ada Burung Ruak-Ruak yang terkejut dan berlari, kami akan baling kayu tadi. Dan kalau kami bernasib baik, balingan kami akan membuatkan burung itu hilang imbangan dan terjelepuk.


Ketika inilah kami berlari menangkapnya. Dan kami bawa pulang. Kami tak sembelih. Kami tak tau nak sembelih burung. Dan kami pun belum sunat lagi... Kata orang, kalau belum sunat, sembelih tak sah.


Dan kami akan pulang dengan badan basah kuyup... demam? tak ada la pulak... kami lasak...






.

7 comments:

kakpah said...

budak dulu main hujan, main lumpur,masuk reban ayam, manjat pokok, masuk belukar, kaki ayam... memang tak demam. budak sekarang kena tempias hujan je dah demam..

ko memang dasat ek..

ashley said...

Dan burung dulu dulu tak selsema kan?

tasekM said...

sekarang lasak lagi tak....?

tihihihi...

:p





.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Sekarang pun lasak gak.. tapi kalau kena hujan, demam gak kak.. hahaa

Ashley,
Dulu pun ada gak tu... tapi tak tau...

TM,
Lasak lagi... tak caya?

ckLah@xiiinam said...

Nak sambung soalan tasek;


Sekarang....err...#4%$$&^%$ lagi tak?



...errr, dah boleh sembelih burung tak?

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Burung kita dah kene sembelih la.. tapi masih takut nak sembelih burung yang bersayap... hahaha

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Jap... ni soklan lain nih... soalan SPMV kena jawab kot lain..
errr... dah boleh lasak-lasak sebab satu 'course' baru je abis ... hahaah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com