Thursday, July 22, 2010

To Taiping With Love.... tafsir mimpi pergi kursus kepakaran

.

Ahhh..!


Malam sungguh indah. Lunak dengan suara-suara mimpi yang kejap timbul, kejap tenggelam. Melompat-lompat jalan ceritanya umpama mengelak lopak-lopak atas jalan raya di Pekan T.Intan. Kalau di Melaka, melompat-lompat untuk elak najis-najis lembu yang berwarna hijau baju tentera darat.


Kali ini, lompatan dahsyatnya hingga bawa aku ke Taiping.

"Kamu semua diminta untuk menghadiri kursus di pekan ini selama seminggu..."
Kata orang yang datang bersama-sama pemandu bas sewa khas itu, juga bersama-sama kami.


"Kamu semua perlu gunakan masa sepenuhnya untuk menimba ilmu dan sedaya upaya memahami cara hidup pakar-pakar ini ..."
Tambahnya lagi.


Lalu, kami berlima ditinggalkan di satu pojok di pekan Taiping itu. Lelaki berpakaian kemas itu hilang di dalam perut bas sewa khas. Bas pun bergerak perlahan-lahan sebelum meluncur laju memotong mat rempit dari sebelah kiri.



Tak lama selepas itu, kami didatangi oleh beberapa pemuda dan pemuda tua. Selepas memperkenalkan diri sebagai lelaki-lelaki pakar yang kami akan berguru selama seminggu, mereka mengajak kami ke satu warung beratapkan zink. Salah seorang daripada mereka seorang lelaki kurus berambut ala-afro hisap rokok Gudang Terbang.


Bila aku belek-belek lelaki kurus berambut ala-afro tu, baru aku kenal, dia ialah Pipiyapong (blog Hilang Punca). Aku syak, dia nak ajar aku gentel tali gitar bes kut.


Tapi, takkanlah selebriti macam dia setakat belanja aku makan roti canai kosong jer... cis!






.

3 comments:

tasekM said...

pipiyapi la nama baru dia skang bang.... he he.



.

baincardin said...

Salam.

Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

Nizam.Ariff said...

TM,
Tapi dalam mimpi tu nama dia masih pipiyapong...

Baincardin,
Jom...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com