Thursday, August 26, 2010

Aku bukan tipu... walau jawapan aku bukan benar...

.

Bermuslihat bermacam ragam dan cara. Salah satu caranya, ialah memberi jawapan kepada soalan dan BUKAN menjawab soalan yang ditanya:

+ " Kamu tahu tak apa tindakan keatas orang yang datang lewat?"

-  " Betul tu, saya sangat setuju dengan saranan kamu, saya patut tahu. Malah sepatutnya semua orang patut tahu perkara yang serius seperti ini.."




Ada juga pesen yang memberi jawapan berbelit, sehinggakan penanya tak tau mana satu jawapan yang dimaksudkan:

+ " Cuba cerita sikit kenapa kamu datang lewat pagi ni ? "

-  " Mula-mula begini... err.. tapi sebelum tu, saya sebenarnya kurang pasti kenapa itik yang melintas itu tak toleh ke kanan atau kiri menyebabkan saya hanpir terbabas. Satu lagi, ayam jiran sebelah saya berkokok punya mak datuk kuatnya. Pekak telinga saya, tu sebab saya ambik bantal buat pekup telinga, alih-alih terbabas tidur. Lembu pulak. Dia bergaduh dengan kambing tepi jalan sampai saya terleka... tapi kan, semua itu kelmarin. Bukan hari ni. Hari ini lain..."



Ada juga yang beri jawapan yang tidak benar TETAPI bukan menipu:

+ " Sapa yang buang sampah kat sini ? "

-  " ... sorry, bukan saya yang buat (bungkusan sampah itu).."





.

5 comments:

ashley said...

Jawapan putar alam!

tasekM said...

manjang ke ko dtg lambat nih...?



.

ckLah@xiiinam said...

Tipah tak mau tertipu, bang!

:)

AZANI said...

salam zam
thanks ...nanti aku cuba gunakan dalam meeting bila orang tanya...status

Nizam.Ariff said...

ashley,
Hahaha... bukan aku.

TM,
Mana ada... tu cuma contoh je..

Cklah,
Tapi tak serik-serik jugak...

Azani,
Boleh guna pada masa2 tertentu sahaja... jangan guna selalu.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com