Tuesday, August 17, 2010

Baru seminggu Ramadhan, dah kena....

.


Baru tak sampai seminggu, bahana makanan tercemar Bazaar Ramadhan dah berlaku. Mungkin sebab lauk tu dah seminggu la kut.


Pagi-pagi tadi lagi, masa sahur, Ariff mengadu sakit perut. Aku dah panik sikit, maklumlah, kalau dia sakit perut aku pun mungkin kena sekali.


Benar seperti telahan, lepas subuh, giliran aku pula yang kena. Berderetan dan berjejeran kami berdua berulang ke bilik air. Tapi kami hairan, kenapa Mama rileks je? Ntah-ntah Mama sabotaj kami tak?


Maka, aku pun buat cara CSI. Dan aku dapati antara banyak-banyak makanan, Mama tak sentuh lauk Ayam masak kecap. Aku dan Ariff yang bedal lauk tu. Mama makan hati. Bukan kecil hati atau sedih tapi memang benar-benar Mama makan hati goreng.


Kami bertiga pergi ke klinik. Aku dan Ariff dah buat muka selebet. Doktor ambil bacaan tekanan darah aku. Tinggal 112 / 59 jer... kira rendah tu. Biasanya, kalau bacaaan bawah tu kurang dari 70, aku akan pening kepala. Aku pernah masuk Hospital 2 hari 1 malam sebab tekanan yang bawah tu dah tinggal 55 jer...


Jadi, aku tanya Doktor, berapa bacaan yang dikira bahaya? maksud aku boleh mati? Doktor tu gelak-gelak. Dia kata jangan risau, tekanan masih ok lagi tu. Aku tanya lagi.


"Kalau bacaan tu sifar "0" barulah mati...." sampuk Mama.


"Betul tu, nadi dah tak ada lagi...." sokong Doktor sambil ketawakan aku.


Ya, aku boleh dikira sebagai orang yang dianiaya. Doa orang teraniaya terus tembus 7 lapis langit tanpa sekat-sekat tau....





.

8 comments:

ashley said...

dapat MC la ek

tasekM said...

ko jgn buat alasan tak nak pose plak nari ye bang....




.

ckLah@xiiinam said...

Kena lagi.....

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku tak nak tapi dia insist nak kasi.. hehehe

TM,
Kami pose... percayalah...

Cklah,
Kena lagi tapi tak serik-serik...

secangkir madu merah said...

itulah..lupa baca doa buka puasa kot...len kali jgn makan ayam, makan hati je...mcm mama tu..huhuhu..

kakpah said...

tu lah.. masak sendiri lagi bagus.

Anonymous said...

masak ajerla..cam kami ni.....dah seminggu ramadhan tp kami tak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan lg....sbbnya..lauk beli sedap mase berbuka jer..mase sahur dah tak cantik dan tak meyelerakan....

Nizam.Ariff said...

SMM,
Makan hati je selalu nanti kolesterol pulak naik... hehehe

Kakpah,
Masa tak mengizinkan kami berbuat demikian...

WL,
Takpe, aku dah ubah taktik...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com