Tuesday, August 31, 2010

Berbuka puasa dengan Jelawat dan Lampam

.

Sempena adik-beradik dan sanak saudara berkampung di kampung minggu lepas, kami bertahlil untuk arwah bapak sementara menunggu berbuka.


Barisan abang-abang aku (hanya sebahagian)

Ye la, makanan dah berhidang tapi jam masih menunjukkan puklul 7.05pm. Sementara menunggu berbuka puasa, kami buat tahlil ringkas dan sedekahkan doa untuk arwah bapak. Sedekah anak-anak lebih afdhal.


Dan antara menu berbuka puasa waktu itu ialah:


Gambar tak tajam - menggeletar menahan aroma Cekur

Ikan Jelawat dan Ikan Lampam digoreng dan direndamkan dalam sambal santan. Aku tak tau nama sebenar juadah itu tetapi kami selalu panggil sambal santan. Ada 2 versi: santan mentah dan santan masak.


Untuk kali ini, kami buat versi kedua. Rencah utama sambal santan itu ialah Cekur atau Kencur. Kami gunakan ubi cekur yang ditumbuk bersama-sama cili padi dan sedikit bawang merah dan kunyit hidup. Manakala daun Cekur muda diambil dan dihiris halus-halus. Sebahagiannya untuk dicampurkan ketika memasak, manakala sebahagian lainnya untuk ditabur sebelum dihidang. Aroma dari Cekur benar-benar menaikkan selera kami.


Sayuran sihat

 Dan kami rebus pucuk ubi, jantung pisang, kangkung, kacang panjang dan bunga paku rawan (atau 'genjer' dikalangan kami). Sambal santan ini digunakan sebagai pencicah kepada sayur-sayuran rebus ini.





.

4 comments:

tasekM said...

aaaahhhhh... mana aci letak gambor barisan abg2 je. letak la gambor barisan yg ada ko sekali.



.

Anonymous said...

bila kenduri tu paman? bukan ritu dah ade kenduri ke sblm pose tu? ahad malam isnin

Nizam.Ariff said...

Akuyg ambik gambor, camner aku nak duduk kat depan?

Pojie,
Ini bukan kenduri tapi kami pakat2 berbuka puasa ramai2...

Anonymous said...

best!!!:) paman ive lost ur email add ade banyak hal nak consult ur opinion
atip

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com