Monday, August 9, 2010

Cara baru beriadah tanpa troli...

.

Pagi Sabtu adalah pagi untuk beriadah bagi kami. Kali ini bukan tolak trolley di hypermarket. Kali ni riadahnya bertajuk : berjalan dan berdiri, berjalan lagi dan berdiri... lepas tu seluk poket.


Biasanya kalau kereta telah berhenti di parkir, aku akan lebih awal keluar dari kereta berbanding Mama, walaupun aku pemandunya. Biasalah - nak touch itu ini, nak betulkan mana-mana yang senget (maksud aku tudung), nak gebukan lagi pipi... macam-macam. Tetapi pada kali ini, aturan alami telah terbalik. Belum pun sempat matikan enjin kereta, Mama dah tercegat di luar kereta. Dah tak sabar sangat la tu.

Aku temankan Mama bershopping di sini:


Ada diskaun, katanya. hari-hari pun ada diskaun... hahaha


Cawangan di Seksyen 7, Shah Alam ini baru dibuka. Tak lama.

Mama masuk dulu, aku teragak-agak nak masuk sebab aku tengok tak ada pun kaum lelaki yang masuk. Mungkin masih awal. Selepas 10 minit baru aku gagahkan masuk. Jurujual yang semuanya perempuan agak pelik. Mungkin sebab selalunya tuan punya badan sendiri yang memilih tudung. Tak pernah aku dengar lelaki pilihkan tudung tanpa perempuan di sisi.

Bila bertemu Mama, bermulalah riadah aku. Aku cakap kepada salah seorang jurual di situ, perlu ada kerusi menunggu untuk kaum suami/lelaki. Mereka ketawa.


Pilih punya pilih, dekat 10 helai Mama belek tapi asyik bertukar fikiran je. Aku bisik kepada jurual, apa-apa yang Mama ambil, terus puji sampai melangit. Biar cepat beli, aku dah tak tahan berdiri. Setiap kali Mama tunjuk kepada aku, aku angguk tanda setuju.

Akhirnya, Mama keluar dari situ bersama-sama 5 helai tudung dan sekeping membership card.


" Terima kasih abaaaang..." kata Mama manja dan senyumannya sampai ke telinga.


Ye la, sama-sama. Siap la... aku nak upah...





.

7 comments:

ckLah@xiiinam said...

Ariani tu..kedai jual apa?


(He..he..)

ckLah@xiiinam said...

Oooo...jual tudung.
Baru baca..

ckLah@xiiinam said...

Blur ckLah tak habis lg.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku pun baru tahu. Biasalah, ni semua hal-hal pompuan. Aku ingat Ariani ni jual jamu susut lemak ke, makjun ke.. hahaha.

baincardin said...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

tasekM said...

ariani...?






owh.... tiba2 rasa aku ni kecikkkkkk sgt. maluuuuu nk kawan dgn korang.


.

Nizam.Ariff said...

Baincardin,
Mari kita bermaaf-maafan sempena menyambut pose ni... maafkan aku.

TM,
Mana ada ko kecik... aku rasa ko pun besar je, kan? Hahaha.. cepat joging..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com