Tuesday, August 3, 2010

Hati-hati yang redup... fikiran aku yang kotor

.




Pada satu hujung minggu itu, aku bawa Ariff dan Mama jalan-jalan cari jalang di Wilayah Putrajaya. Sudah puas jalan-jalan, aku singgah di Masjid Putrajaya untuk duduk-duduk menunggu azan Asar sambil mengenang noda dan dosa.


Tak lama kemudian azan pun berkumandang, habis berhambalangan setan-setan yang tadinya bergayutan dan bergentayangan pada kelopak mata dan pada dada-dada gadis-gadis yang lalu lalang di taman itu. Aku ajak Ariff turun ke bawah tanah untuk berwudhuk.


Sementara menunggu Ariff usai wudhuk, aku terpandang satu pemuda dari negara asing yang aku kira berumur awal belasan tahun. Anak muda Timur Tengah lagaknya. Dia mundar-mandir sambil matanya melingas memandang setiap kepala pancur air wudhuk. Aku kira dia mahu berbuat onar, atau berniat tidak baik.


Namun sangkaan aku meleset. Anak muda itu menutup mana-mana kepala pancur yang longgar dan masih menitiskan air agar tidak terbazir. Sungguh murni jiwanya. Dan alangkah kotor fikiran aku yang berprasangka bukan-bukan.



Terkenang aku pada seorang kenalan ini. Dia orang Australia berumur dalam lingkungan 50-an dan saudara baru (walau pun bukan terlalu baru, aku kira). Dari cerita teman-teman yang pernah solat bersama-samanya, orang ini akan membuka kepala pancur pada skala amat kecil. Airnya hanya meleleh kecil, lebih kepada menitis kalau boleh dikatakan begitu, ketika wudhuk.


Salah seorang teman aku pernah bertanya kepadanya, kenapa terlalu kecil air itu? Dia menjawab, tak mahu membazir kerana air itu bukan miliknya. Itu milik masjid yang dia tumpang. Jadi, cukuplah digunakan sekadarnya.




.

7 comments:

tasekM said...

ye la kan. aku kalau amik wuduk kemahen kuat bukak air. berdebor-bedor orang perak kata.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sama le kite, bukak air kemahen kuat, pastu boleh termenung lak tu, nak cicah sejuk lak rasanya.. hahaha

secangkir madu merah said...

alhamdulillah...ada juga manusia mcm tu kan? klu budak2 kita kat sini ada ke yg mcm tu? aku sendiri pon sama klu ambik wudhu' tu mcm tak puas hati klu tak bukak paip tu besar2 sampai lencun hujung kain dek air yg mencurah2...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kita terasa mewah dgn air kut... hujan hari-hari tapi empangan tak pernah cukup.. pelik kan?

ibundo said...

orang memang suka membazir. aku tak suka ambil wudhu sebelah perempuan yang bukak air besar2. habis terpercik kat baju aku...

aza ni said...

salam nizam..
aku pernah cuba mandi dengan kadar dua timba....rasa macam tak rata air ke seluruh tubuh....

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kain pun nak ambik air sembahyang kut.. hahaha

Azani,
Air tak cukup rata takpe. Ambik Tayamum la pulak... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com