Wednesday, August 25, 2010

Kalau aku terlewat , jangan salahkan aku, sayang....

.

Tiap-tiap hari aku akan lalu di simpang 3 itu, baik untuk bekerja atau untuk keluar jalan-jalan. Setiap pagi, lampu isyarat akan bertukar dari merah -hijau kepada warna putih polis trafik.

Mengikut statistik yang melekat dalam kepala aku ni, payah nak tentukan masa sebenar aku nak lepas simpang tu. Kadang-kadang awal 20 minit. Kadang-kadang lewat 10 minit walau pun aku keluar dari rumah secara malar pukul 7.15am. Ini yang buatkan aku musykil sebab aku payah nak agak pukul berapa aku akan tiba di pejabat.


Jadi, aku nak buat hipotesis:

Bergantung kepada siapa polis trafik yang bertugas, masa tiba aku boleh ditentukan melalui cara polis traffik itu lepaskan arus trafik - berapa lama untuk setiap arah.


Ok la, macam-macam soalan akan keluar nanti. Jadi, aku kecilkan skop dengan andaian-andaian berikut:

Semua kenderaaan kereta dan dalam keadaan berhenti sebelum bergerak, jumlah kenderaan pada setiap arah paling kurang 5, sentiasa ada dan kenderaan memecut secara konstan, dan laju maksima ketika melintasi pegawai polis trafik ialah 30km/s (kena hormat beb). Jadi, mat dan minah rempit, termasuk yang belum sempat berhenti dah pecut balik masa lampu kuning tak boleh diambik kira.


Oleh kerana aku tak ada masa nak duduk di simpang tu, aku bina model minda (mental model) sajalah:





Bayangkan ada 5 deretan kenderaan sedang menunggu giliran untuk diberi laluan oleh polis trafik. Bila tiba masanya, kenderaan mula bergerak dari 0km/j secara berturutan.





Katakanlah kenderaaan pertama melintasi polis trafik pada laju 5km/j. Oleh kerana kenderaaan kedua lebih terkebelakang, ia punyai jarak yang lebih sedikit untuk memecut dan melintasi polis trafik pada laju 10km/j. Begitulah seterusnya untuk ketiga, keempat dan kelima...





Ringkasnya begini:
  1. kenderaaan pertama       5km/j
  2. kenderaaan kedua         10km/j
  3. kenderaaan ketiga         15km/j
  4. kenderaaan keempat     20km/j
  5. kenderaaan kelima         25km/j
Jadi, jika berlaku keadaan-keadaan berikut:

  • Polis trafik 1: melepaskan 5 kenderaan atau lebih untuk setiap giliran.
  • Polis trafik 2: melepaskan hanya 3 kenderaan atau kurang untuk setiap giliran.

Kalaulah hari itu polis trafik 1 yang bertugas, laju purata maksima kenderaan yang melintasinya ialah 15km/j (didapati dari 75km/j bahagi 5 kenderaaan).

Kalaulah hari itu polis trafik 2 yang bertugas, laju purata maksima kenderaan yang melintasinya ialah 10km/j (didapati dari 30km/j bahagi 3 kenderaan).


Keputusannya?
Kalau di banding cara polis trafik 1 dan 2, didapati melepaskan 5 kenderaan setiap giliran akan mempercepatkan lagi proses pengosongan kenderaan di kawasan simpang berbanding dengan 3 kenderaan setiap giliran dengan lebihan kelajuan sebanyak 5km/j.



Apa yang aku boleh simpulkan ialah kalau polis trafik 2 yang selalu jaga simpang itu, memanglah aku akan terbabas batas masa untuk ke pejabat sebab lepaskan kenderaan sikit-sikit. Belum sempat masuk gear 3 dah kena berhenti...potong stim betullah.


Jadi, salahkan polis trafik itu kalau aku terlewat sampai ke pejabat sebab dia yang tak konsisten, bukannya aku. Aku keluar dari rumah konsisten pulul 7.15am.


Betul.. aku tak salah, boss...




.

6 comments:

Tijah said...

kekadang ada polis jaga trafic jadi lagi lambat kan?

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Entry ini khas untuk nak buktikan perkara tersebut... hahaha

tasekM said...

siap lukis gambar kereta segala tu yg aku kagum tu..... paling kiut org naik beskal tu.

bos baca tak blog ko nih...? :)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kiut? Nanti aku lukis org naik motor ala superman pulak la... bos aku baca gak sekali sekala agaknya... hahaha

ASH said...

Ish...siap lukis peta plan bagai ni..
dapat project buat trafik light baru ke Nizam?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Mana ada... saja main-main..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com