Thursday, August 5, 2010

Karangan ' Aku seekor Lintah '

.


Aku seekor Lintah. Semua orang panggil aku Lintah. Tapi nama aku bukan Lintah. Nama aku 'Roy'. Lintah adalah spesis kami. Oleh sebab itu, mereka semua panggil salah nama. Ha ha ha.


Aku ada ramai saudara. Ada Lintah Bulan, ada Lintah Pisang, ada Lintah Sawah, ada Lintah Paya, ada Lintah Sungai dan ada juga saudara jauh yang kami panggil Lintah Darat. Tapi, ada juga orang anggap Pacat itu Lintah, padahal kedua-duanya tidak sama, kami tidak pernah mengaku saudara.


Kami suka hisap darah. Hari-hari kami hisap darah. Tapi ada juga antara kami yang suka hisap minyak kelapa dara. Walaupun hisap minyak, ianya lebih baik daripada hisap gam.


Rakan-rakan kami yang hisap minyak kelapa dara tadi selalunya akan kembung kekenyangan. Kemudian, mereka akan dipicit untuk dipaksa muntahkan minyak yang mereka hisap. Ada yang lebih teruk lagi, digoreng sangan dan dimasukkan ke dalam botol.


Sesungguhnya kami tidak tahu apa yang mereka buat dengan minyak yang  diambil semula itu. Ada yang kata, minyak itu untuk jadikan *&%$# manusia bertukar ... ehem.. ehem... Tapi, mereka tak kaji tentang kami betul-betul. Kami yang keluarkan minyak itu pun tak sehebat mana, malah *&%$# kami pun tak .. ehem...ehem.


Kami benar-benar sedih dengan tanggapan masyarakat terhadap kami. Kalau dulu, kami dikaitkan dengan Lintah Darat, kini spesis kami dihina dengan lebih teruk. Spesis kami dikaitkan dengan benda *&%$#. Sehingga segala Puyu dan Haruan memandang kami seolah-olah kami ini terlalu seks.


Oleh itu, kami akan cuba mengutarakan keresahan kami ini dalam media elektronik dan juga media elektrik.


Sekian,

Roy








.

2 comments:

tasekM said...

aku kalau dapat budak roy ni aku rasa nk picit2 je. ntah. tak tau kenapa.

:p

betul ke org kata lintah ni bulih beranak pinak dalam rahim...? tak dpt aku bayangkan. aku takut betul ke menatang nih..



.

ashley said...

TM,
jangan berkawan ngan ROY.

Nizam,
Roy ni dasat...siap hantar surat kat ko..masuk BLOG lagi!
dia kan lintah jer.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com