Friday, August 6, 2010

Kucupan Belut memang mengerikan...

.




Salah satu kegiatan semasa musim menuai di sawah padi ialah menangkap belut. Walaupun kami tak pernah makan belut sawah, kami tangkap belut untuk dijual kepada peraih. Harga belut lebih mahal daripada harga ikan keli per kilogram. Tak sama dengan belut belaan kolam plastik. Belut sawah adalah original.


Bila air sawah dikeringkan, ikan-ikan akan berkumpul di dalam londang atau lopak yang masih menakung air. Pada masa ini, sawah akan kering. Akan terserlah lubang-lubang berair di tepi-tepi batas. Air dari lubang itu biasanya jernih dan mengalir keluar sedikit demi sedikit kerana air mata air. Biasanya, belut akan menghuni lubang itu. Lubang belut.


Ada tiga cara untuk menangkap belut.

Cara pertama, menggunakan cangkul. Kami akan cangkul lubang tersebut sehingga ke dasar lubang itu, sehingga terserlah belut yang kami cari. Namun, cara ini biasanya akan menyebabkan belut terputus dua kerana tercangkul. Kalau dah putus dua, tak boleh nak jual.


Cara kedua, menggunakan tangan. Kami akan sarungkan sarung tangan getah. Kemudian, kami seluk lubang tersebut atau merogoh-rogoh lubang tersebut sehingga ke pangkal lubang. Biasanya, sehingga ke pangkal lengan juga dalamnya. Tak risau sangat dengan gigitan belut kerana cara yang ganas sebegitu menyebabkan belut itu takut. Cara ini sesuai untuk tanah sawah yang masih lembut dan berair sedikit-sedikit.


Cara ketiga, menggunakan pancing. Ini cara yang biasa aku buat sebab rileks. Kami akan gunakan mata kail bersaiz mata kail Puyu kerana mulut belut bukanlah besar sangat pun. Kami akan gunakan anak ikan sebagai umpan. Kami akan cecah-cecah umpan tersebut pada mulut lubang belut itu. Kadang-kadang, kami akan gunakan batang padi untuk kocak-kocakkan mulut lubang belut itu supaya gelombang air itu dapat dirasai oleh belut dibawah sana, ibarat ikan yang bermain-main pada mulut lubangnya. Apabila belut naik ke atas, air akan melimpah sedikit dari lubang (kalau lubang masih berair, kalau lubang kering teknik pancing tak lagi sesuai). Masa inilah, kami akan dengar 'kucupan belut'.


'Kucupan belut' ialah bunyi apabila belut 'menyedut' umpan masuk ke dalam mulutnya. Belut bukan nganga mulut dan memamah umpan. Belut sedut umpan. Bunyi kucupannya agak mengerikan. Dan menarik belut itu keluar dari lubang juga bukan satu kerja mudah. Kadang-kadang terpaksa berlawan sorong-tarik beberapa kali. Kadang-kadang kami kena mengalah dan kendurkan tali semata-mata untuk elakkan tali daripada putus.


Kami akan kumpul belut yang dipancing sehingga beberapa ekor sebelum kami jual. Pada masa itu boleh cecah RM10.00/kg berbanding ikan keli sawah RM8.50 dan ikan haruan sawah RM5.00.



Cukup untuk berbelanja di Teluk Intan pada hujung minggu, naik bas dan makan mee rebus pakdin dekat bangunan MARA atau rojak Mastan Ghani.





.

3 comments:

tasekM said...

pasei apa yg pi sebut rojak mastan ghani plak nih...? ni yg rasa nk balik kampung nih...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaha..hujung minggu ni aku nak pekena rojak Mastan Ghani tu... jgn jeles ek. Jangan mintak tapaw, rojak tu akan basi...hahaha

Baincardin,
Jom...aku ikut.

Unknown said...

Obat Sakit Ligamen Lutut
Obat BAB Berdarah Anak

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com