Wednesday, August 11, 2010

Kudup Sakura untuk Mama...

.

Aku pernah 'melarikan' diri ke Jepun selama seminggu. Masa tu, musim bukanlah sejuk sangat. dah nak masuk bulan May. Ya, bulan May terkenal dengan bunga putih-pink plum... atau lebih dikenali Sakura. Ini 'pelarian' aku yang kedua. Yang pertama pada tahun 1996.


Di belakang salah satu pusat pameran (Tokyo Big Sight), terdapat sederetan pokok plum yang masih gondol. Aku dekati pokok-pokok itu dan aku baru nampak beberapa kudup bunga baru hendak menerojol keluar. Jadi, hampir setiap hari aku pasti akan ke belakang itu dengan harapan kudup kecil itu berkembang. Aku mahu ambil kembang itu untuk kubawa pulang - untuk diberi kepada Mama...





Ah! Penantian memang seksa. Sehingga hari terakhir pelarian aku itu, kudup itu tidak kembang-kembang. Sambil menyedut rokok di belakang itu bersama-sama seorang Jepun yang agak fasih berbahasa Inggeris, aku tanyai dia, bila kudup itu akan berkembang kerana April hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dia kata, sambil diselang seli dengan hembusan asap rokok yang tebal, ia bergantung kepada cuaca. Jika matahari memancar terang dan suhu panas sedikit lagi, kudup-kudup itu akan berkembang mekar.


Kemudian, aku tanya lagi, di mana aku boleh cari Katana (pedang samurai). Dia tersenyum. Dia kata Katana bukan dijual merata-rata. Ada tempat-tempat tertentu yang ada jual cenderahati itu. Dia hembuskan lagi asap rokok, kali ini berselang seli dengan asap rokok aku. Membelit dan menjadi satu ikatan persahatan kami walau aku tak kenalkan nama aku dan dia tak kenalkan siapa pun dia. Dan semestinya aku tak cerita bagaimana arwah Bapak aku dulu pernah kena penampar Jepun!


Dia kata, dia pernah ke Malaysia. Dan dia tahu Wau adalah sinonim dengan Malaysia. Dan dia pernah tanya orang di Malaysia, dimana nak cari Wau sebagai cenderahati? Dan jawapan yang diterima adalah sama seperti jawapannya kepada aku tentang Katana tadi. Ok.. fair.


Oleh kerana pada hari terakhir pelarian aku di Jepun kudup bunga itu tidak mekar-mekar, aku patahkan satu ranting yang mempunyai beberapa kudup bunga. Aku simpan di dalam saku aku. Setiba aku di Malaysia, aku hadiahkan seranting Sakura kepada Mama. Aku kata, aku minta maaf kerana 'pelarian' aku tidak cukup lama untuk kudup itu berkembang mekar dan cantik untuk Mama...


Menanti kudup yang lambat berkembang...



Sempena bulan puasa ini, aku ceritakan sedikit antara makanan yang aku belasah di sana.

Pada satu malam, aku (dan kami) merayau-rayau sekitar bandar pelabuhan ikan kedua terbesar di Jepun. Kami naiki satu restoran yang berada di tingkat atas. Dan makanan yang aku (dan kami) makan... semestinya yang Shashimi dan segala yang mentah-mentah... termasuk hati sea urchin yang pahit-pahit berlemak dan sejenis anak ikan yang lut-cahaya, yang aku tak tau namanya....semuanya masuk dalam perut aku, selain tuna, salmon, udang, sotong kurita dan ketam.


Aku tengok macam anak belut je... tapi bukan, katanya.


Aku amat suka Miso supnya...




.

2 comments:

ckLah@xiiinam said...

Gambar yang last tu....macam...errr....


Err....



Eh...nak datang rumah ckLah raya ni kan! ckLah ada bagi 'alamat' dalam entri ckLah...
:)

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Nampak je macam tu tapi sedap tau... alamat sebenar nanti sms je la... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com