Tuesday, August 10, 2010

Mastan Ghani.... Rojak paling best yang aku pernah rasa setakat ini...

.

Aku tak terniat nak menunjuk-nunjuk atau ajak-ajak ayam. Sekadar berkongsi pengalaman semasa balik kampung Ahad lepas.

Seperti yang telah direncanakan, aku singgah makan di Abdullah Mastan Ghani. Gerai Mastan Ghani ni dah banyak di sekitar Teluk Intan, tetapi setahu aku semuanya dipunyai oleh adik beradik.

Aku pernah cuba beberapa gerai Mastan Ghani tetapi aku lebih gemar dengan rasa gerai Abdullah Mastan Ghani kerana lebih sedap, mengikut sukatan lidah aku la.






dan aku bungkus lagi 10 rojak.







Tapi, minta maaf, aku tak dapat nak bawa keluar dari radius 50km dari pusat bandar. Boleh basi serta merta.. hahaha.


Kalau berhajat, cubalah sendiri di Teluk Intan. Gerainya berhadapan dengan Fajar Supermarket.




.

7 comments:

ckLah@xiiinam said...

The Store lah dik...bukan Fajar. Fajar sudah menyingsing...he..he..

ckLah@xiiinam said...

Dua budak ber baju T asrama biru di belakang tu, budak Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh...kawan Nabil.

Tijah said...

alaahhhh. jjauhnyerrr

kakpah said...

tunggu aku pegi raya rumah cklah dulu baru boleh singgah makan rojak pulak.

(wink..wink.. kat cklah ni)

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Ye ker.. kalau aku tau, boleh aku kirim salam dgn Nabil. Dah tukar D'Store ek... ? lama dah tak jengok sana.

Tijah,
Jauh pun jauh la.. tapi puas sebab kuah rojak dia tak macam rojak mamak atau pasembor yang kadang2 terlalu manis atau terlalu pekat sangat dgn kacang atau terlalu pedas... yang ini just nice. Gravy dia dah macam bubur nasi atau BBQ souce je... mintak TM tapaw balik raya nanti. Dia beraya kat T.Intan kut...

Cklah,
Jom serbu rumah Cklah. Tapi kan, hari raya Mastan Ghani cuti la agaknya.. dia pun nak beraya gak.

tasekM said...

dasar la ko bang... ko bawak keluar lebih 50km basi, kan...? aku tak basi plak nk gi hantar ke tijah tu...?

he he.

jah, demi yu ai frozenkan ok... :)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ooo... kereta aku tak ada freezer, kete ko besau, bleh masuk freezer sebijik... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com