Monday, August 2, 2010

Musim Cempedak... Bau wangi yang mengghairahkan...

.






Sementelah tercium bau wangi Cempedak Goreng minggu lepas, aku tak lepaskan peluang mencarinya hujung minggu baru-baru ini.Aku ambil peluang balik kampung. Emak mertua kata, dekat Taman Maju (dari Jasin ke Ayer Keroh) biasanya ada seorang nyonya jual buah.


Emak mertua aku yang pandai bab-bab pilih memilih ni. Dia pilih 2 biji jenis isi merah, 2 biji lagi isi kuning. Sekilo baru RM 3. Kalau di S.Alam, sekilo RM 5.50. Aku beli juga beberapa biji Durian kampung. Jadi, kereta aku dah berbau macam-macam. Bau kentut pun tak mampu melawan bau Cempedak + Durian.



Sesampai di rumah Emak mertua, separuh biji aku belah dan aku makan begitu sahaja. Separuh pagi digoreng rangup. Aku lebih suka makan buah Cempedak begitu sahaja. Suka yang original.


Masalah getah memang sudah maklum, dah memang adik beradik dengan nangka. Dulu masa budak-budak, kami gunakan getah Nangka atau Cempedak yang agak kering dan sedikit pekat sebagai perekat untuk tangkap Chat-chibor (Pepatung). Kami akan letakkan sedikit getah itu pada hujung lidi dan kami gunakan pepatung itu sebagai umpan untuk pancing ikan Puyu.



Dulu-dulu, antara cara nak hilangkan getah Cempedak pada tangan ialah dengan menyeluk tong beras mak di dapur. Masa tu, beras disimpan di dalam tong biskut kering. Aku akan seluk dan bermain-main dengan beras di dalam tong itu. Habuk-habuk beras itu akan melekat dan geseran beras pula akan menyental getah itu.


Cara lain yang lebih hygenic, gunakan minyak masak dan basuh dengan air sabun.



Biji Cempedak sedap kalau direbus. Lebih sedap kalau dihiris nipis dan digaul dengan kelapa parut bercampur garam dan gula sedikit. Atau, boleh juga dicampurkan dalam kerabu. Yang lebih kreatif, hirisan nipis biji Cempedak itu dijemur hingga kering dan digoreng. Tapi yang ini aku tak pernah cuba pulak. Kalau malas nak goreng sebab berminyak, mungkin dibakar dalam oven pun boleh.


Siapa yang nak cuba ni?



.

6 comments:

SHIMI said...

salam bro. Gua pun sekarang melantak itu cempedak puas2.

Nizam.Ariff said...

Shimi!!!
Lama tak dengar kabar.... lu dah balik Malaysia kan? Lu pergi 12 bulan je kan?... jangan lantak banyak2, nanti sakit perut...

AZANI said...

salam nizam
cempedak baunya tak lawan buah tarap..(terap)

tasekM said...

kihkihkih... tu hari ko kata aku beruk, kan sbb makan cempedak mentah tak hengat dunia....

errr.... beruk jugakah....?

kihkihkih...


:p




.

tasekM said...

buah cermai dibuat jeruk
jeruk disimpan bawah terendak
kalau adik dah beruk
takkanlah abang mentibang laut pulak ye dak...?

kih kih kih...

:p



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pernah dengar tapi aku tak pernah tengok buah terap. Nanti aku nak google...

TM,
Ye ke aku ada cakap camtu? Hahaha

TM,
Ye tak ye juge, mana ada beruk mengaku dia beruk... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com