Sunday, September 26, 2010

Kadang-kadang aku rasa macam dah terlalu penat... dah malas.

.


Orang kerja awam mintak naik gaji sebab kos sara hidup naik, harga barang dah naik, selari dengan kadar inflasi, katanya.

Peniaga naikkan harga barang sebab ekonomi dan penawaran-permintaan, bagi pekebun dan penternak pula climate change, katanya. Yang mungkin dia tak kata, orang-orang kerja awam baru dapat bonus dan naik gaji. Orang-orang Felda baru dapat dividen. Ya lah, orang-orang tengah berduit, mestilah beli itu ini lalu menggoncang keseimbangan penawaran-permintaan, yang dilihat lebih berat kepada permintaan. Inflasi pun naik balik, CPI pun mungkin naik.

Kemudian, giliran orang kerja swasta mintak naik gaji sebab kos sara hidup dah naik, selari dengan kadar inflasi, katanya. Kompeni buat untung jual barang yang dinaikkan harga kerana permintaan diluar jangka. Kerja sampai tengah malam buat overtime nak tampung permintaan menggila. Sayugia mereka dibayar lebih lumayan.


Orang kerja awam tengok kilang-kilang dan peniaga buat untung, dan tengok kesatuan-kesatuan kerja swasta dapat imbuhan; petunjuk ekonomi dan produktiviti negara bertambah; mula menggeletar nak minta bonus dan naik gaji. Alasannya, dah 2 tahun tangga gaji tak pernah dikaji semula.

Peniaga-peniaga, bila dengar ura-ura gaji naik, kelam-kabut buat-buat barang semua tak cukup, secepat itu juga stor-stor asyik kosong. Peniaga kata, kilang tak keluar barang cukup banyak. Akhirnya, harga barang alih-alih naik. Alasannya, kat gunung sana hujan lebat. Kambing semua demam, ayam semua kena selsema.

Macam itu lah, sampai diulang 10 kali.. cerita sama.



Bayangkan, mak dan abang aku kat kampung tanam padi, nak beli tepung, gula, telur; yang tak pernah ada kesatuan kerja nak minta naik gaji, tak ada suara cukup lantang untuk berbicara dengan PEMANDU yang asyik canang nak kurangkan subsidi, tak ada daya nak tolak GST. Rata-rata pesawah yang punyai sawah bawah 3 ekar hanya hidup dengan wang subsidi padi dan baja. Kalau begitu, baik kerajaan bagi saja duit subsidi terus. Oppss..! subsidi satu beban kerajaan, akan dihapuskan perlahan-lahan.

Agak-agaknya, berapa harga telur ayam sebiji kalau GST berleluasa?

Memang payah nak kaitkan harga telur ayam dengan GST, tapi bayangkanlah kalau kos cukai dipindahkan dari keuntungan peniaga (yang downstream) kepada transaksi jual-beli (yang upstream), macam-macam perkara boleh berlaku. Harga teh tarik boleh naik 20sen padahal entah mana hujung pangkalnya. Kalau cukai diambil dari pelbagai arah dari seseorang, diharapkan dengan pendapatan kerajaan yang meningkat, cukai pendapatan individu patut dikurangkan. Sekarang ni, setahun bekerja tapi gaji cuma dibayar 11 bulan. Sebulan lagi khas buat bayar cukai pendapatan.


Kemana hala tuju semua ni?




.

8 comments:

tasekM said...

company lagi sakit 20-26% tax from the profit. tinggi ok.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kompeni sakit, yang keje pun sakit gak... jom pakat hijrah ke Ausralia? Dengar kata, ladang kangaroo kat sana nak pekerja tambahan...

Anonymous said...

hate malaysia goverment...kate ekonomi makin maju...tp growth 5% je...pale hotak la org2 atas nunn...vietnam lagi maju..lau negara kaya tp growth rate rendah (bwh 6%), rakyat miskin, inflasi tinggi,nampak sgt la korupsi...booo pemimpin malaysia....

Anonymous said...

anon..g la duk vietnam nun...tak besyukur langsung...sekurang-kurangnya rakyat malaysia berpendidikan..ada kerja...cumer org yng mlas nak cari kerja adalah....ingt jasa2 pemimpin2 kita...cuber anda yg jadik pemimpin..dapat ker pikul tanggungjawab tu..ngong.....

Anonymous said...

anon...bersyukur tu dah ofcourse...tp masalahnye...please open ur mind sikit..do alot of comparison la..kata bijak sgt duk kat malaysia ni..tp bende2 camni pun buto polik sgt aih.. dah mmg tugas pemimpin nk pimpin rakyat n mudahkan hidup rakyat.. tu tugas dia...kene la jalan tugas dia... yang bagus tu mmg la bagus..mcm pm pm tertentu... yang tak bagus ape cita?? nak biarkan je ke?? kalo rakyat yagn gaji tinggi or mkn gaji..leh la ckp mcm anon..tp lau sbaliknye cmne??

Nizam.Ariff said...

Anon 1,
Bukan senang nak tadbir negara kalau ramai yang ambik kesempatan nak kaya cepat...

Anon 2,
Manusia jarang berpuas hati...tapi kritikan perlu untuk terus kehadapan. Mana tau ada yg berbakat pulak jadi pemimpin...

Anon 3,
err... ini Anon 1 ek?

ashley said...

sian makcik makcik jual kuih..kos makin naik..profit makin kecik!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tu la... kesian lagi pakcik-pakcik yng beli kuih tu kena absorb kos...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com