Thursday, September 2, 2010

Kisah anak kena sembelih...

.

Kasihan kepada kanak-kanak yang disembelih oleh bapanya. Kasihan juga kepada ibunya yang dikatakan menyaksikan sendiri aksi penyembelihan anak lelakinya itu. Kasihan juga kepada bapanya yang entah rasukan jenis apa yang dialaminya sehingga sanggup menyembelih anaknya sendiri.


Tiba-tiba aku teringatkan kisah Nabi Ismail ketika aku baring-baring di depan TV ketika mendengar berita tentang kisah sembelihan itu. Aku pandang kepada Ariff yang juga berbaring disebelah aku. Aku usap badannya.


Kemudian, aku katakan kepada Ariff, Mama telah mengandungkan Ariff dan melahirkannya ke dunia. Mama telah berikan kehidupan kepada Ariff. Dia mengangguk.

Aku katakan lagi, kalaulah Mama ambil pisau dan sembelih Ariff, adakah Ariff relakan kerana Mama yang melahirkannya? Ariff kata tak nak. Aku tanya kenapa sedangkan hidup Ariff kerana Mama?

"Kena sembelih sakit la...." jawabnya.


Baiklah. Abah pula membesarkan Ariff dari kecil sampai besar begini. Oleh itu, Abah juga ada hak ke atas hidup Ariff. Jadi, kalau Abah bunuh Ariff dan pastikan Ariff tak akan rasa sakit, Ariff relakan tak? Dia tanya balik, macam mana tak rasa sakit? Aku kata, boleh minum dadah dulu sebelum sembelih. Dia kata, tak nak. Aku tanya kenapa?

" Ariff nak hidup..." jawabnya.



Ya, semua orang mahu hidup. Tapi, bila kehidupannya menjadi amat menyeksakan, ada pula yang memikirkan untuk mati.



Adakah hidup dan mati itu satu pilihan?




.

8 comments:

ckLah@xiiinam said...

Semoga Allah pelihara setiap tindakan kita...

AZANI said...

salam zam
lita mohon dilindungi dari mala petaka

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kesian kan..?

Azani,
Amin....

kucingorengemok said...

soalan sadis pada anak di bulan puasa... tak tidur budak tu kang sampai time sahur

tasekM said...

ko jgn esok2 dia rasa sakit pi amik dadah sudeyyy..


.

Kak Lily said...

Kadang, akak rasa tak kesal kerana tiada anak. Amanah besar yang tak terpikul.

Tertanya-tanya kadang2 kenapa sembelih anak, rogol anak oku pula tu, dera anak dll.

Akak nak kais kucing dengan kaki pun tak sanggup.

Apa ke jadah syaitan yg telah rasuk mereka?

Kak Lily said...

Oh lupa, Selmat hari raya maaf zahir batin. Sb akak stop bloging(mungkin) sebab sibuk nak berpindah rumah lagi sekali

Salam :)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Soalan sadis tapi dia ambil secara sinis je.. hahaha

TM,
Ubat tahan sakit tu dadah gak .. tak bleh lari dah... mana ada dadah organik? hahaha

Waterlily,
Kak pindah lagi? dekat-dekat situ je kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com