Friday, September 3, 2010

Sejuk gerimis noktah jernih bagai tirai mimpi...

.


Dan noktah itulah
bukan cinta yang dicari-cari
cinta kaca baiduri hijau pelangi
gerimis kaca kasih bawa pergi 
sang kayangan pulang mencari malam

Sepinya cinta ini 
pada kasih sayang Tuhan Maha Pencipta
mengaut wajah-wajah yang hambar 
melihat Ramadhan pergi


Sejuk gerimis kaca pada kamar yang hilang
Sukar mengerti arah mana 
 kerana seribu jejaknya
Tak  ketahuan dimana, bila 
muncul dan hilangnya

Tuhan
Dimanakah jejak pelangi seterusnya?
Aku mahu ambil sekantung harta pada kakinya

Amin.




[ nizam.ariff ]


.

4 comments:

kakpah said...

amin.. ko balik mana raya ni..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Aku balik Melaka dulu..

tasekM said...

ameen.

Nizam.Ariff said...

TM,
Amin...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com