Sunday, September 5, 2010

Sessi mengeteh edisi Ramadhan tahun Masehi 2010...

.

Usul dari kawan A yang tinggal di USJ4. Disokong oleh kawan B yang tinggal sekitar Putra Heights. Kedua-duanya menjemput aku. Dan aku menjemput kawan C yang tinggal di Bangi tetapi sedang mengeteh di KL. Aku jemput juga kawan D yang tinggal di Puchong tetapi juga sedang mengeteh sorang-sorang di Bangi (apa barang minum teh tarik sorang-sorang?). Kawan D tak dapat hadir kerana kami lambat beritahu.

Sessi mengeteh bermula jam 12 tengah malam. Memang patutlah kawan D kata kami lambat beritahu. Tetapi kawan C yang sedang mengeteh di KL sanggup datang selepas usai sessi minum teh Arab dan nasi Arab. Tapi sebelum itu, dia kena melencong ke Kajang untuk hantar kawannya sebelum ke S.Alam. Respek la lu punya komitmen...


Antara cerita yang dikongsi:

  • Kawan C kata, melalui sessi mengeteh di KL, lelaki lebih tertumpu kepada result, sedangkan wanita lebih kepada process (dalam melakukan sesuatu perkara). Kami kata.." ooooo..."

  • Kawan C kata, dia lambat sikit sebab kena hantar kawannya balik ke Kajang. Semasa pergi ke KL, kawannya menumpang bersama-sama beberapa kotak barang. Semasa pergi, keretanya kena tahan polis di satu roadblock. Polis cuak melihat kotak-kotak dan minta dibuka. Dan di dalam kotak tersebut terdapat seluar dalam wanita yang eksotik fesyennya. Kawan C mengeluh, "Damnnn..! " katanya. Dia bengang sebab kawannya tak beritahu dia isi kandungan kotak. Dia mengaku, imej keretanya kini telah tercemar. Tapi dia dapat satu maklumat: pembeli seluar dalam eksotik itu adalah para suami! dan dibeli untuk dipakai isteri masing-masing!.Setakat ini, tiada wanita yang membeli barang niaga kawannya itu.

  • Kawan C juga kata, kaum lelaki hargai kalau sesuatu barang itu dapat dibeli dengan wangnya, sedangkan wanita lebih menghargai jika barang keinginnanya diberikan / dibelikan oleh lelaki, walaupun menggunakan wang wanita itu sendiri. Kami kata " Ooooo....".

  • Salah seorang kawan memberi komen tentang Hari Tanpa Beg Plastik (hari Sabtu) di Selangor. Pada pendapatnya, semua itu dibuat atas alasan komersial, bukan lainnya. Aku menambah, sejak wujud Hari Tanpa Beg Plastik, aku terpaksa beli plastik sampah. Dan itu tak mencapai maksud pengurangan penggunaan plastik pun. Salah seorang kawan mencadangkan boikot terhadap kempen itu. Tetapi kami belum pasti caranya...

  • Kami pertikaikan perlaksanaan sistem KPI (Key Performance Index) individu yang kami anggap boleh mewujudkan sikap individualistik. Kami berpendapat, lebih sesuai jika KPI itu diletakkan pada jabatan dan bukan individu. Kerana kami percaya dengan konsep kerjasama berpasukan (teamwork) untuk mencapai sesuatu sasaran (target). Asasnya, setiap individu diciptakan berbeza dan setiap individu punyai kelemahan dan kelebihan. Konsep kelemahan-kelebihan ini sebenarnya saling lengkap-melengkapi dan bukannya seorang sentiasa lebih dan seorang lagi sentiasa kurang. Dengan kata lain, kelebihan aku menampung kelemahan kamu dan kelebihan kamu menampung kelemahan aku. Seperti aur dengan tebing, kata KS. Walia. Untuk ini, aku berikan contoh: katakan kami berempat berada dalam satu jabatan yang sasarannya ialah 'membuat' anak 4 orang setahun. 2 orang daripada kami memang pandai bab 'buat' anak (terbukti dengan jumlah anak masing-masing) dan 2 lagi kurang cerdik (anak kami cuma seorang.. hahaha). Jika konsep KPI individu dilaksanakan, 2 orang akan gagal. Jika yang kurang cerdik itu menolong carikan 'induk bagus' untuk 2 orang cerdik itu, sasaran jabatan pasti berlipat kali ganda. Mereka kata kepada aku "... cilakak lu...idea kotor, tak boleh pakai...".

  • Heboh dalam Yahoo mengatakan Stephen Hawking berpostulat mengatakan Tuhan tidak menjadikan Alam tetapi Alam ini terjadi sendiri atau lebih kurang begini: hukum-hukum fizik memungkinkan Alam ini terjadi tanpa perlu campur tangan Tuhan. Salah seorang dari kami berkata, Stephen Hawking telah kafir dan patut di bom. Aku kata, dia memang bukan Islam. Seorang kawan lain kata, tindakan mengebom adalah bodoh, sama bodohnya seperti membakar bendera Indonesia sebagai membalas perbuatan segelintir orang bodoh Indonesia membakar Jalur Gemilang.

  • Aku kata lagi, Stephen Hawking perlu mendalami konsep 'Kun', fayakun. Malah orang cerdik pandai Islam sendiri perlu tafsirkan konsep 'Kun', fayakun. Memang telah banyak tafsiran tersebut dibuat secara falsafahnya namun tak banyak dari segi teknikaliti 'Kun', fayakun yang pernah aku baca. Sedangkan cerdik pandai Islam zaman keemasan sains Islam dulu ramai yang menghuraikan sesuatu konsep falsafah dari Ayat ke dalam bentuk teknikal sehingga berjaya mencipta beberapa perkakasan atau cabang ilmu baru. Penciptaan alam ini dibuat dalam beberapa peringkat, jelas menunjukkan kejadian tersebut disusun mengikut prosess yang semestinya prosess tersebut dibatasi oleh hukum-hukum tertentu, yang sebahagian kita kenal seperti Hukum Graviti dan sebahagian lain hanya Tuhan yang lebih tahu. Setakat Stephen Hawking, pastilah yang dia nampak ialah hukum-hukum tersebut. Dan pastilah dia rasa Alam ini terjadi kerana lumrah akibat dari mengikut hukum-hukum alam tertentu. Kami berpendapat, itu adalah tahap implementasi (implementation). Sedangkan penciptaan hukum-hukum tersebut adalah pada tahap strategi (strategy). Kalaulah aku seorang bos tertinggi dalam satu syarikat, aku akan buatkan visi, misi, objektif  yang merupakan kemahuan aku kepada syarikat. Dan aku akan rangkakan strategi untuk mencapai kemahuan aku. Manakala, orang bawahan aku akan diminta merangkakan pelan perlaksanaan dan melaksanakannya mengikut garis panduan korporat dan memastikan mengikut objektif strategik syarikat. Stephen Hawking hanya dapat memahami sehingga tahap pelan perlaksanaan sedangkan dia tak memahami visi, misi dan objektifnya kerana dia tak faham konsep Ketuhanan.

  • Salah seorang kawan kami menerima SMS dari isterinya, " ... tolong belikan daun kari..." pada jam 3.30am. Kami musykil, buat apa daun kari pukul 3.30am begini? Kecualilah kari yang lain... Kami ketawa berbahak-bahak.


 Kami beredar jam 4.45am, untuk memberi laluan kepada tokey kedai untuk bersahur.




.

4 comments:

tasekM said...

perrrrrrrgghhh.... mengeteh mengalahkan org bujang!




.

en_me said...

selamat menyambut aidilfitri abg nizam ittewww..

Nizam.Ariff said...

TM,
Orang bujang mana tau mengeteh...tak cukup umur lagi.. hahaha

en_me,
Salam juga untuk kamu ittewww... ahaks.

aza ni said...

salam aidilfitri zam

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com