Thursday, September 16, 2010

Tentang 2 kisah yang bercantum oleh takdir...

.

Kisah 1:

Perempuan muda di atas katil bercadar putih bersih menoleh lemah dan perlahan-lahan ke arah botol air yang tergantung pada sebatang besi di sisinya. Satu sesalur plastik turun dari botol itu dan melekap pada lengannya. Seorang pegawai kebajikan masyarakat mendukung seorang bayi kurus dan masih kecil, berjalan menuju kearahnya. Air matanya berjurai turun apabila matanya bersabung dengan mata anak kecilnya itu, anak yang tak berbapa.

Sedih memikirkan nasib si kecil itu, dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Tuhan, agar anaknya itu berada dalam jagaan yang baik-baik. Dia titipkan anaknya itu kepada Tuhan. Dia pasrah dan akhirnya rebah. Pada 2008, adik Munirah menjadi penghuni di asrama untuk anak-anak yatim.


Kisah 2:

Seorang bapa termenung panjang petang itu. Sekejap dia melihat isterinya, sekejap dia menoleh kepada anak lelakinya yang telah bersekolah rendah. Telah beberapa kali dia bertemu pakar namun semuanya mengarah kepada jalan yang sama - buntu. Tiada masalah, kata doktor. Tetapi kenapa tak menjadi?

Pelbagai petua dituruti, dari nasihat seorang kawan kepada nasihat pakar. Dari segi pemakanan sehinggalah ubat-ubatan, baik yang tradisi mahu pun yang klinikal. Semuanya tak menjadi. Beribu-ribu duit telah habis dibelanjakan, namun duit bukan masalah bagi orang yang berharta sepertinya.

Perlukan sembelih seekor kambing? tanyanya kepada seorang ustaz. Ustaz tersenyum sahaja, berdoalah. Banyak-banyak berdoa kerana rezeki itu kurnian Tuhan. Maka, berdoalah lelaki itu setiap hari menginginkan zuriat lagi, tak cukup seorang. 2008, doanya masih belum termakbul.

Sehinggalah satu hari itu, seseorang memberitahu kepadanya tentang adik Munirah. Redup hati lelaki itu apabila terpandang wajah mongel adik Munirah. Lelaki itu bersyukur kerana doanya ditunaikan.



[Doa ibu Munirah telah diizinkan Tuhan, dan hiduplah Munirah dibawah jagaan keluarga yang baik dan penyanyang]

Justifikasi keadilan kadangkala tidak perlu. Bagi seseorang yang tak perasan akan kaitan tali-tali takdir, keadilan seakan-akan telah terlaksana. Bagi mereka yang berfikir dan mengimbau segala kejadian yang berlaku, kaitan-kaitan takdir itu akan menjadi lebih jelas akan sebab dan musababnya; dan terserlahlah Keagongan Tuhan yang berkuasa atas sesuatu. Segala yang terencana dengan tertib, yang di kenali oleh manusia biasa sebagai TAKDIR.




.

13 comments:

ckLah@xiiinam said...

Kisah-kisah kemanusiaan penuh jiwa...

tasekM said...

ko dah amik anak angkat ke ni bang...?

:)



.

secangkir madu merah said...

kesah kehidupan yg perlu di harungi dengan penuh kesabaran...

salam lebaran..

Anonymous said...

kalu ade rezeki lebih, pergi Umrah mungkin ade keberkatan dan hajat ditunaikan.

pu3 balqis said...

hurm.. zaman sekrang

Anonymous said...

salam paman...tak jumpa pun website mitsubisi lancer malaysia tu...sume harga pun rm120k je...kate ade yang rm75k je kan...tak jmpa..

Nizam.Ariff said...

CKlah,
ya,kita akur kita Manusia hanya...

TM,
Ada yang beri cadangan, tapi macam payah je.. especially pompuan.

SMM,
Salam lebaran... kisah satu muka surat. Banyak lagi muka surat lain yg belum habis dibaca...

Anon,
Ada rancangan tu...

Pu3 Balqis,
Zaman sekarang dan zaman akan datang juga... kisah begini sentiasa ada...

Pojie,
Official website memang la takda.. tak launch lagi... cari la unofficial punya...

Anonymous said...

patutla tak jumpa..igtkan dah kuar kete tu...

beli kete lembu je la cmni...haha

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Alaaa... ko pun bukan nak kawin tahun ni kan? hahaha

Anonymous said...

tahun dpn la kawin...tp kete kene la beli gak...takkan nak jln kaki je nnti..leh beku urat saraf kaki...

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Elok la tu.. kete tu pun launch bulan November...

Anonymous said...

yeke? bgs gak tu...mmg tgh hot dipasaran tu...paman punya bank 3.1% tu bank ape?

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Mana2 bank pun jadik...cari la 2 -3 bank yang biasa-biasa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com