Wednesday, October 13, 2010

Aku ajak Mama masuk ke tengah-tengah ladang Sawit sebelum aku...

.

Apa aktiviti aku semasa di kampung?

Aku imbau ketika aku masih budak-budak hingus hijau meleleh atas bibir dan aku jilat-jilat, lalu aku telan, aku lebih banyak habiskan masa dengan memancing ikan, melastik buah-buahan (versi lebih perikemanusiaan..heheh) dan menjerat burung.


Jadi, semasa aku ber'kampung' dikampung hujung minggu lalu, aku ajak Mama masuk ke ladang sawit dibelakang rumah.


Mula-mula, aku tunjukkan Mama satu tali air yang membentuk kolam kecil, yang aku lihat banyak anak ikan puyu menangkap udara. Aku tanya Mama, nak cuba pancing Puyu? Mama geleng kepala. Bila aku tanya kenapa? Mama kata, dia tak nak cucuk cacing pada mata kail. Aku balas, aku akan cucukkan cacing tu. Mama berfikir sejenak. Kemudian Mama kata, dia tak nak pegang ikan Puyu sebab banyak duri, nanti hancur tangan. Aku balas, tak apa, aku akan lepaskan dari mata kail dan aku akan siang terus. Mama masih enggan...hahaha.



Lepas tu, aku ajak Mama masuk jauh ke tengah ladang sawit. Aku keluarkan tali nylon hijau. Aku keluarkan juga golok tajam yang aku selit pada pinggang. Aku cari pokok renek sebesar ibu jari yang agak mantap batangnya. Aku pangkas hujungnya separas pinggang dan aku ikat tali nylon hijau itu pada puncaknya. Aku buat jerat burung jenis ini:


Jerat Sentak


Jerat burung jenis sentak ini biasanya perlukan umpan yang diletakkan/digantungkan kira-kira 3 jengkal dari atas tali pencerut. Biasanya, burung Ruak-Ruak akan memijak palang ranting (yang bertindak sebagai trigger) kerana umpan itu agak tinggi. Ini akan menggerakkan mekanisma lain yang membebaskan pengunci dan seterusnya membebaskan batang pelantak yang sedang dalam stress. Kaki burung itu akan terjerut dan burung akan tergantung.



Ada sejenis lagi jerat burung jenis sawah seperti Ruak-Ruak dan Sintar. Jenis jerat langgar yang lebih sesuai dipasangkan pada lorong-lorong yang biasa burung-burung ini lalu. Biasanya di tepi batas sawah atau tepi-tepi belukar.


Jerat langgar lari...


Tali pencerut diikat pada satu ranting kuat yang dicacakkan ke dalam tanah. Satu lagi kayu lembut, biasanya aku guna batang Menerung, yang dilukakan sedikit. Tali pencerut tadi diregangkan dan diselitkan/disepitkan pada 'luka' batang Menerung itu supaya tidak jatuh. Masalahnya, kalaulah lorong itu juga digunakan oleh biawak atau tikus, memang putus tali bylon itu dikerjakannya.


Untuk satu kawasan yang terbuka seperti sawah atau padang, jerat jenis rawai digunakan. konsepnya sama seperti jerat langgar ini cuma tali pencerut jenis nylon tadi diikatkan banyak-banyak pada satu tali yang panjang (sepanjang 5-8 kaki) secara bersusun-susun. Kemudian, jerat rawai itu direntangkan dikawasan yang terbuka tadi. Biasanya, burung Ruak-Ruak dan Pangling Jambul Merah yang diidamkan oleh jerat jenis ini.


Setiap jenis burung ada jenis jeratnya:

Merbah Jambul perlu guna jerat sentak menggunakan benang sebagai tali pencerut dan umpan pisang masak.

Burung Ayam-Ayam...? jarang masuk jerat. Biasanya, aku tembak burung Ayam-Ayam guna bola galas (ball-bearing) dengan senapang angin buatan sendiri dan perlu dihendap waktu malam.

Terkukur atau Punai...? Biasanya aku guna getah perekat. Aku hendap sarangnya atau dahan tempat dia tidur pada waktu malam. Pada petangnya, aku pastikan di mana dia hinggap bermalam.

Burung Pucung..? Kalau dapat pun tak mau. Kurus, tak ada isi...




.

6 comments:

kakpah said...

haritu makan daging puyuh kat restoren. keras nak mam***. atuk puyuh kot...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Burung puyuh tu mati kejung..! Tu sebab keras kematu.. hahaha

tasekM said...

bab2 menjerat burung ni aku mmg haram tak reti...



.

ckLah@xiiinam said...

Ladang sawit tu aada tembok tinggi berpintu pagar elektrik tak?

:)

secangkir madu merah said...

anak kampung sejati kau ni rupanya ya nizam...

Nizam.Ariff said...

TM,
Takpe, jerat menjerat ni tak masuk dalam PMR...

Cklah,
Nasib baik aku bukan dari golongan 'peguam'... haha

SMM,
Memang kak. Rasa macam nak balik kampung je ni... dah bosan duduk bandar, takde menda nak buat selain keje-keje-keje...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com