Thursday, October 21, 2010

Homestay... trend baru menghabiskan hujung minggu

.

Siapa sangka di Teluk Intan boleh buat homestay? Bukan ada IPTA pun, bukan ada industri besar-besar pun, bukan ada kawasan-kawasan perlancungan atau perlencongan pun. Siapa sangka?


Tapi kan, abang aku kata ada satu homestay di perumahan tu asyiklah penuh hujung minggu. Bagus jugak tu. Jadi abang aku nak buat rumah lain, rumah sekarang ni nak buat homestay. Aku kata, rumah ni besar sangat. Aku suruh belah dua. Dapat 2 pintu.


Lepas tu, kalau nak tambah tilam bantal, cas lebih. Kalau nak tikar, cas lebih lagi. Lepas tu, kalau nak merasa ikan sungai masak tempoyak, boleh kira ikut hidang. Kalau nak basuh baju dan lipat, tambah lagi cas... wuiiih.... hebat juga tu.


Rumah tak jauh dari Sungai Perak. Lagi bagus. Boleh sewakan jala atau pancing. Atau sampan. Atau buat pakej meneroka pesisir Sungai Perak yang penuh dengan kubur-kubur lama dan warisan sejarah. Boleh naik ke Pasir Salak ikut sungai... wuiihh.. lagi kaya tu.


Aku pun nak buat homestay kat Tg. Malim juga nampak gayanya. Di Tg. Malim ada UPSI. Mak bapak yang selalu jenguk anak kat UPSI nak bermalam juga. Kalau nak pakej istimewa, aku boleh bawak masuk ladang kelapa sawit. Di sana masih banyak kelapa sawit. Kalau nak lepak atas zink sambil berdiang api pun aku boleh uruskan... kalau nak la... tapi pakej berdiang api atas zink ni kena tunggu 7 tahun lagi...sebab yang expert masih belum lepas...




.

8 comments:

tasekM said...

hidup Teluk Intan!

sikit maju la tu. ha ha.

aku nk balik TI esok. ada berita sedih...

:(



.

kucingorengemok said...

best idea ni... orang bandor sekarang suka menyelanak masuk kampung

tapi kan... 'berdiang api' tu apa bendanya bro?

Nizam.Ariff said...

TM,
Teluk Intan jadi Bandar Maju 2012...


KOG,
berdiang tu lepak dekat unggun api untuk hangatkan badan, halau nyamuk atau jadi macam ikan salai...

ckLah@xiiinam said...

20 tahun dulu, masa jadi cikgu bujang yang baru kerja, dari rumah jam 7. Naik bas turun depan pejabat pos. Sampai sekolah belum 7.20. Traffic light ada satu je.


Sekarang, dari rumah jam 7, pandu sendiri....sampai sekolah kekadang punch card dah merah. Dari rumah sampai sekolah ada 7 traffic light.

Itulah kisah aku dan TI..
:D

ckLah@xiiinam said...

Tukar avatar balik lah...tak bestlah gambar mambang hijau tu...
:D

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kira dah maju la tu. Dah ramai orang guna jalan raya...hahaha.

Hijau?? Ooo.. dah dekat PR Umum la ni..

kakpah said...

kalau kau buat homestay kat tanjung malim, akak sewa dulu.. hehe..
tapi yang diang2 kat zing tu tak main ar..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Hah.. dah ada tenant nih. Pakej ke Air Panas felda Sg Klah, sungkai.. amacam?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com