Sunday, October 3, 2010

Kalau masih fresh, semuanya cantik-cantik belaka.....

.


Sabtu lepas jalan-jalan di Taman Maju, Jasin. Lepas pekena cendul di gerai FAMA tepi jalan tu, aku perasan yang sepanjang kiri-kanan jalan tertegul berdiri lapisan Mahogany yang mengeluarkan Sky Fruit.

Ya, Mahogany yang memencarkan buahnya yang asyik tunjuk ke arah langit. Aku jalan-jalan sekitarnya dan aku dapati banyak kulit buah tunjuk langit bersepah di bawahnya. Cara sebarannya lebih kurang sama dengan buah Sena, ditiup angin. Dan gaya jatuhnya pun ala-ala longlai gemalai macam penari inang zaman Melaka Nusantara dulu. Berpusing-pusing sekeping-sekeping, dan bukannya jatuh selepuk.


Jadi, nak carinya perlu kesabaran sambil hati dan minda yang merendah diri, tak boleh sombong-sombong. Kena jaga hati, kena selalu tunduk ke Bumi. Kalau tak, tak nampak sebab warnanya sama perang dengan daun-daun kering. Kalau versi yang kurang sabar, ambil galah dan sabit je buah yang dah tua. Aku tanya kakak-kakak yang berjual di situ, dia orang kata pagi-pagi lagi apek-apek Cina dah datang bawa karung guni mencari buah Mahogany tu. Aku syak, dia orang nak campur dengan serbuk kopi dan jual peket-peket kepada orang Melayu, nak lawan kopi Musang Jantan.


Tak jauh dari situ, ada satu gerai payung yang dijaga oleh seorang budak perempuan. Dia ada jual kupang, kerang dan yang seangkatan dengannya. Aku beli 3kg.



Rupa-rupanya, kerang-kerangan yang fresh memang cantik warnanya. Gambar ini diambil beberapa ketika sebelum mereka direbus...











.

8 comments:

ckLah@xiiinam said...

Betullah...memang cantik kelihatan kulit kupang tu...



"Apek-apek tua tu...jual campuran kopi tu kepada orang Melayu"


...orang Melayu cuka benar kan kopi kopian ala eksotik begituan. Kopi taik musang dari seberang yang dah disahkan haram tu pun ada yang masih cari....

secangkir madu merah said...

memang cantik2 kupang2 tu..buat masak cili sodap...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
ye ke dah haram? nasib baik aku tak pernah minum... tak pernah jumpa pun.

SMM,
memang cantik setelah dibasuh lumpurnya. bak kata orang, permata dalam lumpur, kalau digilap tetap akan bersinar. dekat setengah jam aku gilap kupang2 tu sampai berkilat...

tasekM said...

wo!!!

ko polish ke hape tu...? kilat benor...



.

Mohd Hairul said...

cantik gambar kupang tue....

Nizam.Ariff said...

TM,
Polish pakai isi sabut...

M.Hairul,
Isi dia pun cantik tau...

ashley said...

Ko makan je laaa...AKU DAH INSAP!!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
insap pesal dapat yg busuk ek?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com