Monday, October 4, 2010

Lalu kami pun pasang angan-angan kami di atas pangkin kayu di situ...

.

Lepas bebas hujung minggu hari tu, selalunya jangan nak harap aku boleh begitu. Bilik beku otak @ minda selalunya menjadi penjara hujung minggu. Penjara janji, bak kata orang, bukan aku yang kata.


Duduk-duduk santai di Taman Warisan sambil biarkan tubuh-rubuh kami dielus, dibuai, dibelai angin bukit yang berbau getah, sawit, limau, buah naga dan kuntum-kuntum mekar bunga-bunga jambu air yang sungguh pink... ya, itu pun jika boleh. Sambil-sambil itu, di atas pangkin kayu itu, kami pasang angan-angan dan kadang-kadang bermunajat... mana tahukan?


Kami sangkutkan langsir angan-angan bercorak pebble-washed, water features dan tropical block pada pintu depan.


Kami pasangkan pula langsir bercorak garis-garis buluh hijau kecil dengan daun lebar nan redup, dan di bawahnya adalah batu-batu kelikir putih dan hitam, pada tingkap sisi.


Dan atas permintaan Mama, kami gantungkan pula langsir bercorak pokok halia, kantan dan limau purut pada tingkap belakang. Manakala, langsir pintunya pula bercorak 'pisang sesikat' yang menjulur keluar dan bidai-bidai yang terbuai-buai dek angin petang.


Dan kami teguhkan angan-angan itu dengan menjamu selera di situ...




Taman Warisan





.

4 comments:

baincardin said...

alamakkk...sedapnya....:)

Mohd Hairul said...

sedabg makan tengah hari. hehe..

tasekM said...

aku tak pernah sampai lagi. best yek situ...?




.

Nizam.Ariff said...

baincardin,
Apa lagi.. terjah je la kat situ...

Hairul,
bukan ko jaga anak ke?

TM,
ko pusing 10x pasti jumpa punya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com