Tuesday, October 19, 2010

Malaysian made cheese... produk Melaka Maju 2010

.

Petang semalam, aku keluar office sedikit awal, nak pergi ke klinik. Di Filipina dan China pung pang pung pang ribut melanda. Di Vietnam dan Thailand pun dum dam dum dam petir sabung menyabung. Tapi di S. Alam panasnya semacam. Tekak kering. Bila hawa panas bercampur tekak yang kering, aku mula berasa tak puas bernafas. Bila sampai di klinik, aku terus lembabkan paru-paru aku. Baru ok.


Oleh kerana aku pulang awal daripada biasa, aku keluarkan ayam dan isi lala supaya defrost secara alami, bukan paksaan, supaya nanti Mama tak perlu tunggu lama untuk memasaknya. Kemudian aku terlihat ini di dalam bahagian sejuk beku.


Creamy... creamier... creamiest... gebu


Sejak bila cheese kena simpan dalam peti sejuk beku? Perrghh... baunya! Mana ada cheese bau sedap? Bau benda basi adalah...


Cili dan garam dah siap-siap gaul... tinggal cicah je

Dan semasa makan malam, aku cicahkan peria dengan Malaysian Cheese pemberian emak mertua itu. Memang sedap. Lebih-lebih lagi bila diluar musim sebegini, cheese yang bergantungan digerai-gerai hampir semuanya berair dan masam-masam belaka.




.

9 comments:

Anonymous said...

amenda tu?...tempoyak ker?

Nizam.Ariff said...

Yup... hahahaa...

tasekM said...

mati2 aku ingat cheese...

CIS!!!!!




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sapu roti bakar pun sodap...

tasekM said...

sapu roti...? aku muntah!!!



.

Nizam.Ariff said...

TM,
manis la... tempoyak baru.. rasa durian ...

Kakzakie said...

Salam Nizam,

Astaghfirullah....Kakak ingatkan betulah cheese yang dah cair dan dibekukan semula.

p/s: belum pandai makan tempoyak. tapi kalau sambal belacan tak boleh miss...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie,
Salam kak, dah agak dah..hahaha.
Campurkan je tempoyak dalam sambal belacan, lagi sedap...

Cik Eka said...

fuhh tempoyak sedapnya

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com