Friday, October 8, 2010

Mencari sesuatu yang kabur di dinihari...

.


Tadi, sekejap tadi, aku belek-belek lirik dan aku dengar lagu Sakinah dari XPDC. Aku ni jenis yang suka puisi, lebih-lebih lagi untuk memahami erti tersirat sesuatu puisi itu. Lebih terlindung, lebih kabur maksud puisi itu, bertambah minat aku nak cungkil betapa dalam maksudnya.


Telah sekian lama aku dengar lagu ini, dan beberapa bait liriknya mungkin aku boleh hafal. Tapi tak semua. Sejak aku dengar lagu ini, aku ingatkan Sakinah itu tentang kisah cinta seorang rockers yang dulu jenis tak main cintan-cintun dan kini bila jumpa Sakinah, pintu hati yang tertutup telah terbuka.


Begitulah yang aku fahamkan selama ini, sejak lagu itu berkumandang sehinggalah dalam sebulan - dua yang lepas. Aku balik kampung menaiki hadiah harijadi Mama. Aku cucuk USB yang mengandungi beberapa lagu termasuk dari XPDC. Aku minta Mama dan Ariff cuba hayati liriknya dan cuba teka apa maksud sebenar lirik itu (kebanyakkan lirik yang aku suka adalah dari 2 arwah ini - JS Kevin dan Loloq, selain beberapa penulis lirik disebalik tabir).


Dan aku tersedar sendiri yang Sakinah bukan sekadar lagu tentang cinta kepada seorang perempuan. Semua ini nampak jelas pada baris-baris akhir lagu ini:

"... bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar.
     Cairlah segalanya, yang tinggal hanya benar...."


Konsep ini macam biasa aku dengar sebelum ini.
Hmm.... terselindung konsep ketuhanan di dalam lirik ini sebenarnya. Dan Sakinah itu bukan nama seorang perempuan. Sakinah itu adalah Sakinah (dalam bahasa Arab).


Sepatutnya aku dah boleh agak dari dulu lagi. Rock mana layan cintan... hahaha








.

7 comments:

kucingorengemok said...

1.wujud lagi ye xpdc ni?
2.kasih latifah (spider) pun gitu²

kakpah said...

tumpang lalu...
kog, macam terperasan pulak ko sebut2 nama akak hehe..

Nizam.Ariff said...

KOG,
Entah la... tapi lagu dia wujud lagi dalam laptop aku...

Kakpah,
baik-baik jgn sampai tersedak lak...

tasekM said...

tak layan cintan yek...? nanti la aku tanya mama...






.

Nizam.Ariff said...

TM,
Main cintan tak rock la.. hahaha

sha83@kaizer said...

masuk blog ni bc je entri ni teringat kat abg aku no.3...

aku: wah hp baru... bile beli?
dia; tak sampai 2 minggu pun...
aku: ada lagu best tak?
dia: ceta psl lagu best... aku kasi satu lagu ni utk ko?
aku:lagu pe?
dia: sakinah - xpdc..
aku: kenapa? sbb nama mcm aku ke?
dia; hahhaha xpdc wt lagu tu mana ade kenal engko.... ape daaa...
aku; haha aku tau... lirik dia best.
dia: best macam mana tu?
aku: ia bukan sekadar lirik ... ada nur... ada soul...bkn smata mata sbb nama aku sakinah... tp itulah hakikat lirik tu... agaknya mcm mn dia boleh tulis lagu mcm tu ek?
dia: ko tanyalah dia sndri .. nt ko dpt jwpn hhahhaa...

tetibe je aku blur...
mana tak nya aku adalah manusia paling leceh nak diajak berpeleseran tempat tempat awam..ini kan pula nk serang xpdc show. ade hr tu smpi di bhagian mukah... tp tgh berkabung jadi kitorang lepak rumah je.... xpdc tu jauh di sinun... alahai..
=)

Nizam.Ariff said...

Sha83,
Aku tak pasti sngat siapa penulis lirik tu. Tapi, penulis lirik tu mesti antara orang-orang yang faham, atau serpih-serpih, hal-hal hati dan iman. Hal-hal yang halus...
Syeikh Siti Jenar dan Hamzah Fansuri banyak menulis hal-hal sebegini dalam puisi.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com