Tuesday, October 12, 2010

Senja itu, di simpang kubur itu, dada langit dibakar sesuatu...

.

Usai bersantap di Restoran Ajmal, kami lalui jalan pintas untuk ke kampung aku. Kami redah jalan tar sempit di Attaduri. Ya, memang itu nama kampung tersusun zaman komunis itu, Attaduri. Menarik?

Dan kami perlu lalui satu simpang kubur pada remang-remang senja itu. Simpang yang menghala ke satu jambatan merentasi sebuah sungai. Kereta kami betul-betul berhadap matahari turun. Dan sememangnya matahari sedang turun. Sembunyi disebalik kelapa sawit yang berwarna gelap kusam.

Namun, di atas langit, satu kelompok awan mencuri perhatian aku. Aku berhentikan kereta aku di tengah-tengah simpang kubur itu. Tak kisah, kerana dalam hutan/kebun sebegitu, lebih-lebih lagi senja-senja dipinggiran kubur, mana ada orang lalu lalang.



Ibarat segumpal api turun membakar bumi...amat terang, 10,000 candela



Seperti api yang turun dari langit, oren menyala-nyala. Seolah-olah ada kapal angkasa alien sedang turun ke bumi sambil terbakar dek geseran udara semasa memasuki atmosfera Bumi. Bayangkan, dada suratkhabar akan penuh dengan cerita makhluk asing turun ke Perak.


Kali kedua, aku berhenti betul-betul di atas jambatan, dan kali ini aku minta Mama yang ambil foto.





Amacam, cantik tak?



.

5 comments:

kucingorengemok said...

"aku minta Mama yang ambil foto" - exclusion clause takut kena saman ke? hehe

Nizam.Ariff said...

KOG,
Mana tau nih?.. hahaha, aku drive arah utara, mentari diufuk barat. Mama la yg bleh ambil clear...

kakpah said...

haah.. cantik.
di rumah akak di kampung, nak sampai rumah kena lintas kubur dulu. masa kecik dulu kalau berjalan kaki bila melintas kubur akak lari pecut tak jejak bumi. kalau naik basikal, akak kayuh pedal sampai tak hengat duniya. dalam kepala asek teringat ada pesenjer duduk kat belakang.

ckLah@xiiinam said...

Restoren Ajmal kat man? Jalan Kg Banjar ada juga Restoren Ajmal...dkt umah nenek Tasek

Nizam.Ariff said...

kakpah,
ingatkan tadi, kalau lari tak pijak bumi, kalau naik beskal pun tak hinjak tanah macam cerita E.T... hahaha

Cklah,
Seberang jalan Ambank, tak jauh dari deret kedai 4D...hahaha. Yang kat langkap tu cawangan dia. Mungkin kat T.Intan ada lagi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com