Thursday, November 25, 2010

Ayu sudah nekad...?

.
Ayu tak mahu lagi terseksa. Dia rasakan dia sudah cukup terseksa dengan segala jenis perbuatan orang keatasnya. Kalau boleh, dia mahu tamatkan penderitaan ini secepat mungkin. Dengan cara sepantas mungkin. Dengan cara yang mudah dan bebas. Dan kalau boleh tanpa ada orang sedar akannya.

Kalaulah bukan angkara si dia itu, pasti Ayu tidak senekad ini. Kalaulah Ayu tidak diperlakukan sebegitu, pasti Ayu tidak menjadi begini.

Ayu malas nak fikir panjang-panjang lagi, buat fikiran lebih berserabut, katanya dalam hati. Lalu, Ayu pergi ke dapur seorang diri sambil berjengket-jengket agar tiada penghuni rumah itu sedar dari tidur mereka. Ayu buka laci di kabinet dapur berhampiran peti sejuknya. Ayu ambil sebilah pisau lalu dia bawa pisau itu ke meja makan rumah itu.

Ayu duduk sebentar, bersandar. Ayu ambil nafas dalam-dalam, puas-puas seolah-olah itulah nafasnya yang terakhir. Ayu renung pada pisau yang panjangnya sejengkal dan kelihatan tajam itu. Ayu pandang pisau itu dengan pandangan kosong, dengan pandangan nekad. Ayu ambil sehelai tuala dapur lalu menutup mulut agar tidak terdengar erangan maut.

Ayu pejamkan matanya pejap-pejap. Lalu, dengan satu tusukan yang laju, pisau itu meluncur menikam daging dada yang gebu. Kemudian, Ayu kilas pisau itu dan hiris ke bawah. Muka Ayu berkerut. Kemudian, Ayu cabut pisau itu dan letakkannya di atas meja. Ayu seluk tangannya ke dalam robekkan pada daging dada gebu itu sehingga ke paras pergelangan tangannya.

Ayu dapat rasakan degupan jantung, dapat rasakan paru-paru yang masih mengepam angin.

Kemudian, Ayu pergi ke ruang tamu sambil sebelah tangannya masih di dalam robekan pada daging dada yang gebu itu. Di atas sofa mewah itu, seorang pemuda sedang lena tanpa berbaju. Kipas syiling berputar ligat. Malam itu panas, sepanas hati Ayu.

Setelah Ayu berdiri di sebelah pemuda yang sedang nyenyak lena itu, Ayu genggam jantung yang berdegup itu dan merentapnya dengan kuat sehingga tercabut dari daging dada yang gebu itu. Dengan nafas yang masih teresak-esak, Ayu hulurkan tangannya ke arah pemuda yang sedang lena itu ....dan...



[ini entri berganda tetapi sambungannya (kalau ada) ada di daerah Mahawangsa kerana di sana Ayu boleh hidup tanpa nyawa]

.

8 comments:

secangkir madu merah said...

salam..
ini novel hasil karya sendiri ke?
bagus...
nak terus membaca apa kesudahannya..

tasekM said...

2 kali aku baca.
ayu bukan tusuk pisau ke dadanya sendiri, kan...?




.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Ini hasil imaginasi sendiri...entah ye entahkan tak... ahaks

TM,
menci la ko...nantikan la abis citernya...huhuhu

Cikgooden said...

ayu belah dada ayam, sabar yang, sabar..(yang.. dejei hang...hahahaha)

ASH said...

TM,
kita dah tau trick budak yang suka pekena orang kan???
....dah tak suspense..
hahaha
.
.
.
TM,
.....ko punya trick lagi best!

Nizam.Ariff said...

cikgooden,
Ayang.. hahahaha... aku ikut apa orang atas tu tulis... sabar ye yang... hahahaha

Ashley,
Tak kak, ini betul-betul.. ini cerita ngeri bercampur tahyul sikit-sikit... betul...

Miss b said...

erk

i jalan jalan kat sini. hihi

Nizam.Ariff said...

Myaby,
Selamat datang sahabat...kalau nak join kepala gila-gila, selalulah datang ke sini...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com