Sunday, November 28, 2010

Berjamu

Sekali-sekala jalan-jalan cari idea untuk menu-menu yang lain sikit pun sesuatu yang menarik untuk menambah keceriaan rumahtangga. Al-maklumlah, ustaz kata nak jaga laki cuma jaga perut dan yang di bawah perut.


Jangan buat-buat terkejut kalau banyak gambar makanan kat sini tapi penama blog bukan K.O.G.

Malam minggu, kami bergentayangan di sebuah restoran yang menyediakan masakan ala-ala Vietnam katanya. Saja ke sini sebab kawan aku sebulan jalan-jalan ke Vietnam tak ajak aku. Tak apa, kalau jalan-jalan di sana pun aku cari makanan juga. Pelayan restoran itu syorkan kami hidangan set. Air percuma, katanya. Aku tanya, kalau aku makan boleh kenyang tak? Dia kata boleh.


Ariff punya...

Mama punya...


Aku punya...


Tembikai tu bukan resepi asal. Aku pesan 'sizzling black pepper'. Oleh kerana minyaknya asyik memercik kena Mama sampai Mama komplen, aku tutuplah dengan buah tembikai tu sementara sejuk.


popia udang+pisang+butter




Popia pisang+butter+udang memang ngam!

Makanya, aku terus beli kulit popia dan pisang. Aku ubahsuai sikit kerana Mama tak makan udang. Jaga kulit, katanya. Aku nak buat popia pisang+butter+serbuk kayu manis, Tijah kata sedap.


Dah selesai, perut kami masing-masing macam tong sampah tak ambik seminggu. Aku toleh balik papan menu yang tegak di muka pintu. Patutlah... itu 'lunch set', bukannya 'dinner set' !!! Ceit...l



.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

Pisang + udang......




...campur pulak tembikai.

Waduh...kok bisa sih!

Cikgooden said...

mama tak komplen?...

ibundo said...

kalau aku pun, sebuuuu perut weh..

tasekM said...

apsal yg sizzling tu aku tgk mcm kangkung...? ke mmg kangkung...?




.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Tekak pandai tapi perut bodo...dia terima je, cikgu.

Cikgooden,
Dah kenyang baru komplen...

Kakpah,
Boleh makan julap kak, kasi cuci balik..

TM,
Bukan kangkung tapi macam sejenis taugeh yang hijau dan liat tu. Ntah mende namanya tapi dah la pahit, liat pulak tu...

kucingorengemok said...

boleh tukar nama jadi kog- kau orang gemok- saya tidak berkecil hati, heheh :)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Brand KOG dah established la...
Dan macam nama rock band lak.. hahahaa

ASH said...

Nizam,
PAsal hal ehwal makan, ko tidak berupaya menandingi KOG.
KOH KOH KAH KAH KAH!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Psstt... KOG makan sedap2 jer.. kalau jadi jiran dia mesti berbaloi. Takkan tak sua kat jiran sebelah kan? kan? Hahaah

hairul392 said...

kat mana ni & bila...?
mcm best jer...

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Kat SACC. Cuba la..

Anonymous said...

halal ker?....ada ,logo halal JAKIM yg ori?....

Nizam.Ariff said...

Anon,
Halal.... masuk perut dah.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com