Monday, November 8, 2010

Moh kite ke kuale... part 1

.

Aku tengok Mama, Mama pun tengok aku. Hendak teruskan atau pun tidak? Batuk dan tekak yang perit hampir-hampir memandulkan rancangan kami berdepa-valley. Oleh kerana payah nak dapat kata putus, Ariff menjadi Yang Arif untuk masalah kami. Berdasarkan keterangan, rancangan awal, pros dan kontra; maka Yang Arif kata, kita patut pergi. Maka, pagi esoknya kami baru berkemas segala benda termasuk menghafal peta jalan dan tempat-tempat yang ingin ditujui.


Rancangan asal pada hari pertama, kami patut singgah di satu tempat bermandi-manda di kawasan 'orang-orang yang sesat jalan' sebelum pergi ke rumah penginapan untuk bermalam. Namun atas sebab-sebab kejahilan kami tentang jalan dan juru tunjuk arah yang juga kelabu tentang jalan, kami hanya mampu memandang persimpangan ke kawasan 'orang-orang yang sesat jalan' dari balik pembahagi lebuhraya berkonkrit. Ariff tanya, kenapa tak belok saja? Aku cakap, kalaulah makan muntah Badang semasa bersarapan pagi tadi, bolehlah juga kereta 1 tan ini diangkat ke sebalik pembahagi jalan itu. Akhirnya, kami pandang sayu simpang itu lalu meneruskan perjalanan untuk agenda ke-2 untuk hari itu walau pun awal sedikit.


Tetapi, ada faedahnya sampai awal ke rumah tumpangan itu. Itulah kali pertama kami bermalam di rumah rehat. Tak pernah bermalam di mana-mana rumah rehat pun sebelum ini. Oleh kerana sampai awal, kami sempat membeli barang-barang survival yang patut: Air minuman untuk membuat teh/kopi, makan makan dan makanan untuk waktu malam nanti. Kami juga sempat untuk buka pintu dan tingkap, dan pasangkan penyaman udara 'full blast' untuk keluarkan habuk yang bersemayam di dalam bilik itu. Udara bilik perlu kurang habuk, kalau tidak Ariff akan batuk-batuk dan selsema.


Dari serambi


Kemudian, kebetulan hari Jumaat itu ada pasar malam dekat-dekat situ, maka kami berjalan kaki mencari bekalan makanan sambil melihat-lihat budaya orang-orang situ, melalui makanan. Banyak gerai menjual kuih-muih tradisi, sesuatu yang jarang dapat dilihat di pasar-pasar malam di tempat aku tinggal.


Kemudian, kami habiskan masa petang pertama kami di situ dengan bersiar-siar di tebing sungai sambil melihat orang-orang memancing. Aku sapa salah seorang 'abang' di situ. Aku tanya, ikan apa yang biasa naik? Dia kata, ikan Lampam dan jarang dapat yang besar-besar. Seterusnya, aku tanya pula jenis umpan yang dia gunapakai. Dia kata, buah kelapa sawit. Kemudian aku lihat dia bubuh umpan kelapa sawit pada mata kail. Hanya secebis dan hanya sebesar kuku bayi umpan itu! Patutlah dapat ikan yang kecil-kecil. Kedekut umpan!


Biasanya, kalau aku dan abang aku memancing, kami akan bubuh umpan stail 'satay'. Bermakna, hirisan-hirisan isi kelapa sawit tadi akan di cucuk dan disusun sehingga melampaui mata kail sampai naik keatas perambut kira-kita seinci panjangnya susunan itu. Kemudian, barulah kami hiris cebisan yang kecil-kecil untuk dicucuk pada mata kail agar besi mata kail itu tertutup sepenuhnya, termasuk hujung tajam mata kail itu. Jika dilihat, umpan kami seolah-oleh seperti Mami Penang yang lengannya penuh dengan gelang emas berutas-utas!


Di tebing Sungai Perak


Bukan itu sahaja, kami akan taburkan umpan buah kelapa sawit yang di hiris-hiris ke dalam sungai untuk menarik ikan-ikan kecil datang ke tebing. Memang kalau ikut logik, ikan akan kenyang dan tak mahu makan umpan lagi tapi sebenarnya, ikan-ikan kecil inilah yang akan berkumpul kerana berebutkan cebisan-cebisan sawit tadi dan ikan besar selalunya akan mengikut kemana-mna ikan-ikan kecil ini berkumpul. Lagi satu, ikan-ikan kecil biasanya berada di permukaan air manakala ikan yang besar-besar biasanya 'mengendap' dari bawah, dari dasar yang mana pancing tadi ada dilabuhkan.


Tapi, itu cara kami. Mungkin cara dan petua mereka berlainan. Tak mengapa, tapi janganlah mengeluh kalau ikan tak datang atau ikan kecil yang naik ke darat kalau kedekut umpan.





.

9 comments:

Linda said...

how's kuale??? ni baru part mancing kan...

Nizam.Ariff said...

B.kendondong,
Historically good. Ariff suka, dia kata percutian yang amat bermakna... bab-bab lain nanti le dulu... tungguuuu.....

ASH said...

Kabor kejap...rumah tumpangan tu nama aper..best juga dapat lepak tepi sungei..
jangan banjir, udahhh..

tasekM said...

ni betoi2 di pekan kuale ke mane nih...?



.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Rumah Rehat Kuale Kangso le...mike nak pegi situ juge ke?

TM,
Sipi-sipi pekan Kuale Kangso le tu...

ckLah @xiiinam said...

Ate...Mike menghilior ke kuale edokle ngabor teman...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Ate.. mike jauh bebenor nun di telok ensen...

Linda said...

ate..teman nunggu lagi la yer mike mengupload citer-citer di kuale

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
sabor le temah ooiii...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com