Tuesday, November 9, 2010

Moh kite ke kuale ....... part 2

.

Sebenarnya, ketika bersantai di tebing Sungai Perak, aku tanya seorang kawan, tentang laksa Kuala Kangsar dan sebelum itu pula, kami singgah di pusat informasi pelancongan untuk mendapatkan peta tempat-tempat perlancongan yang ada di sekitar. Kakak di situ beritahu tentang kedai tomyam yang terletak tidak jauh dari situ. Kami berkeputusan untuk mencuba kedua-duanya sekali.

Laksa Kuala, walau ringkas dan kuahnya lebih cair daripada laksa di pasar malam di S.Alam, kelebihannya ada pada mee laksanya yang original dan dibuat di rumah oleh peniaga dan bukannya laksa kering yang dibeli di kedai-kedai. Mee laksanya tanpa bahan pengawet, oleh itu ianya dibuat setiap hari oleh peniaga-peniaga disitu.


Ketika menjelang petang, dan sebagai makan malam pula kata Ariff (salah satu hobinya ialah makan), kami singgah di kedai tomyam di benteng. Aku terpikat dengan kata-kata yang tertulis pada 'bunting' yang digantung: " Masak di Siam, makan di kuale...".

Oleh kerana kedai itu di tebing sungai, sambil kami makan, kami melihat sepasang lelaki dan wanita menjala ikan. Sesuatu yang baru bagi Ariff, tidak bagi aku. Aku bisik kepada Mama, bayangkan kalau hidup secara minimalis, secara ringkas - berlaukkan ikan sungai yang dijala setiap petang dan bersayurkan pucuk paku atau pucuk ubi. Tidak risau tentang dunia lagi. Alangkah.... ya, sungguh alangkah...!


Ketika Maghrib hadhir, kami telah pun berada di atas tangga menuju ke bilik sewa. Baru aku perasan yang bilik sewa kami bersebelahan dengan monumen Inggeris, bermaksud, kami berjiran dengan kubur-kubur Kristian! Mama mula tak keruan. Ariff mula menyakat Mama. Dengan suara ala-ala parau konon-kononnya hantu orang putih, dia buka pintu sambil beri salam. Aku cakap kepada Ariff, hantu Inggeris tak ucap salam, hantu Inggeris cakap " Good Eveninnggggg...."


Lebih kurang jam 9 malam, kami habis idea untuk memenuhkan malam kami. Kemudian, aku ajak Mama dan Ariff bermain dam. Aku ambil sekeping papan para dari dalam almari kemudian aku terbalikkan. Aku minta pen dari Mama dan aku mula melukis sejenis dam yang ringkas. Aku gumpalkan tisu tandas menjadi 6 buah bebola kecil: 3 daripadanya ditandai dengan tanda 'x'. Tiga buah disebelah Mama dan tiga lagi disebelah aku.


Aku lupa apa ke namanya dam ni...


Dan hero jarang gagal. Mama tuntas pada pusingan pertama. Tiba giliran Mama berlawan dengan Ariff, juga Mama yang tewas.



Dan malamnya, masing-masing berebut untuk tidur di atas katil dan mahu beradu di tengah-tengah kerana teringatkan kubur-kubur di sebalik tembok sana. Ariff pesan, kalau terdengar bunyi bukan-bukan jangan buka mata sebab nanti pocong muncul di depan muka. Aku cakap kepada Ariff, mayat Inggeris tak berbungkus dengan kain kapan!

Habis tu? Hantu inggeris ni tak banyak macam hantu Melayu. Hantu Melayu ada bermacam-macam jenis sedangkan hantu Inggeris cuma satu: puntianak lelaki yang hensem, yang suka pada darah perempuan yang manis. Kemudian aku layangkan pandangan aku kepada Mama... hahaha...



Damn!
Malam itu Ariff tidur dengan Mama di atas katil, sedangkan aku tidur di atas lantai...kesejukan.





.

7 comments:

ibundo said...

kalau kami ke utara, on the way balik mesti suami bawa kami singgah di kk untuk mengimbau kembali zaman dia di mckk. walaupun cerita2 dia kami dah dengar berpuluh kali hehe..
kpah rasa laksa kuala ok ok saja sebab kuah agak cair..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Memang pun kuah laksa tu kurang ummp! tak macam laksa utara. Tapi, kelebihannya ada pada mee laksa itu sendiri. Ada yang beli seplastik mee laksa kosong, dalam rm5 kut. Bayangkan kalau buat kuah sendiri yang lebih pekat.. perghh!!

tasekM said...

kalau aku jadi mama, abah dan ariff tidor atas katil. mama nk tidor dgn pontianak hensem. hahaha...




.

Linda said...

well, sebab tu nama dia laksa kuala...kuah dia lain dari laksa biasa. memang buat cair dan kalau tersilap pegi kedai, ada kuah laksa yang dibuat daripada belut!

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko nak sekor tak? hahaah


B.Kedondong,
Oo.. aku ingat laksa utara je yg pakai belut...

ckLah @xiiinam said...

Laksa Kuale dengan cendoi dia...cendoi dia pun buat sendiri...slurp!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Ooo ye ke? Patutlah semacam je masinnya...sedap.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com