Wednesday, December 1, 2010

Dewan Rakyat Bersidang

Aku bukan tukar bidang kerja. Lebih-lebih lagi berkaitan sosio-masyarakat @ politik. Bukan. Tak tergamak nak tukar lagi. Tapi, aku pergi juga ke sini. Saja nak tengok pak menteri kita buat kerja atau tidak. Bagi kuasa tinggi-tinggi bukan disuruh bergelak ketawa atau pancing undi. Tidak.







Di manakah terletaknya Parlimen? Ya, sudah tentu di Jalan Parlimen. Semasa lalu di jalan itu, aku perasan akan satu bangunan itu seperti biasa sangat aku lihat tetapi di mana? Lama berfikir baru teringatkan duit syiling versi lama. Bangunan yang sama bentuk.



Sebelum masuk, pak betara dewa beri penerangan akan adat menjunjung duli cokmar dan yang dipertua dewan rakyat. Ya, aku melawat dewan rakyat yang sedang bersidang. Nak lihat adakah mereka berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai NKRA dan wawasan negara.



Jalan-tunduk-dan-jalan-duduk adalah kemestian bagi semua ketika masuk-dan-keluar dewan, hatta pak menteri sekali pun. Itu adat sopan dan hormat akan majlis yang sedang bersidang.


Satu lagi. Kalau terlihat atau terdengar apa-apa ketika perbahasan, kita yang sebagai 'pemerhati awam' jangan hirau. Jangan teruja nak tepuk tangan atau tepuk meja sebagai bantahan pula.


Satu lagi. Jangan tetiba angkat tangan nak tanya soalan itu-ini kepada pak menteri. Sahih akan ditendang keluar dewan oleh pak betara dewa. Kalau nak tanya juga, tunggu semasa pak menteri buat kempen mengundi agaknya.


Lagi satu. Jangan terbawa-bawa dengan isu dan hujah para menteri dan YB sampai ikut sama bangun nak berhujah. Dengar sahaja. Cukup.


Semasa pembentangan dan perbahasan berlangsung, aku buat-buat tak ambil hal walhal dalam hati terasa ketak-seimbangan. Walau hujah nampak logik tapi akhir penentu ialah undi. Aku rasa kawan aku yang di sebelah macam dah terketar-ketar nak turut berhujah. Tahan...tahan.


Habis tu, apa sebab aku ke sini?
Takkan nak mengorat dato' atau datin pulak. Ah, biarlah rahsia.



.

6 comments:

ckLah @xiiinam said...

Selamat bersidang Yang Arif....


(Sebab tak tau kau buat apa kat sana)

ckLah pernah masuk Dewan Rakyat masa buat Tesis tentang Demokrasi Berparlimen di UM dulu...merasalah berangan jadi Ahli Parlimen meski duduk di belakang. ;D

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku ingat dewan tu besar... rupa-rupanya kecik je. Kerusi rapat2. Sakit lutut aku.

ibundo said...

aku tengok dorang tu asek bercekak jer.. apa kesudahannya..

secangkir madu merah said...

kau buat apa kat situ? tukang tepuk tangan kan? kan?

tasekM said...

ada kaitan dgn nk mengahwinkan (apsal aku rasa pelik benar ejaan nih...?) proton dgn produa kot nih..?







.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Kesudahannya?... beberapa juta duit rakyat lagi akan dibelanjakan.

SMM,
Tepuk tangan pun tak boleh. Tak buat apa-apa pun... hahaha

TM,
Tak jugak. Saja je tengok macam mana dia org brsidang. Nanti, kalau kita nak minta kerajaan buat polisi, kita tahu prosesnya macam mana... tu jer.. hahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com