Saturday, December 18, 2010

Gaya, Mutu dan Keunggulan...

Tak rugi rasanya melabur (a.k.a melebur) dalam Royale Smoke. Fikirkan untuk jangka masa panjang dan didapati ianya amat berbaloi. Selama 3 minggu mencubanya aku dapati aku berjaya mengurangkan 50% penggunaan. Ada kawan-kawan kata 'pengasap' jenis e-vaporizer yang mengewapkan nikotin tulen lebih berbahaya kerana 'pengasap' itu tidak menyenaraikan jumlah nikotin untuk setiap kali ambilan.

Poraahh!!! Itu saja dengki.
Lebih berbahaya kalau dibandingkan dengan apa agaknya? Aku rasa, 4000 bahan kimia itu lebih berbahaya daripada satu nikotin. Betul tak?



Gaya, Mutu, Keunggulan...


Aku masih ingat lagi kali pertama aku menyedut rokok sigaret (a.k.a rokok putih). Kalau setakat rokok daun nipah dan tembakau cap semut atau cap kapal terbang itu memang biasa untuk halau nyamuk, almaklum... hidup di kampung.

Waktu itu, di asrama di Taiping, musim SPM tinggal beberapa minggu lagi. Aku dan kawan-kawan menjadi musang pada siangnya, menjadi kelawar pada malamnya. Tidur-baring mengulit buku-buku, bukan lagi mengulit selimut walaupun sejuk angin Bukit Larut (a.k.a Bukit Maxwell) dinihari benar-benar mencabar tulang sulbi yang dambakan kehangatan.


Satu malam itu, di surau asrama aku, kami sama-sama terlentang dan tertiarap merenung buku-buku. Sekejap kuak lentang, sekejap kuak kupu-kupu. Air kopi dari bancuhan cerek elektrik awam dan Maggi Kari berharga 50 sen menjadi penyengkang kelopak mata aku. Kawan-kawan aku pula, rokok sigaret berharga 20 sen sebatang yang dibeli dari 'tokan' menjadi pengubat ngantuk.

Bila embun jantan mula menitis, begitu juga mata aku yang semakin layu. Seorang kawan aku yang bersimpati melihat kesungguhan aku menyengkang mata telah menyuruh seorang kawan lagi menyerahkan separuh sigaretnya kepada aku.

' ambik la se pam atau dua pam, buat hilang ngantuk ' ujarnya.

Aku pun mula mengepam se pam, dua pam pada malam itu. Hilang ngantuk sebentar.

Selang sejam, mula mengantuk balik. Ambil lagi se pam dua pam.

Selang dua jam, pekena lagi se pam dua pam.

Begitu juga malam esoknya. Juga malam-malam seterusnya sehingga habis SPM.

Tammat?



Tak seorang pun adik beradik aku yang tahu aku hisap sigaret. Sehinggalah satu hari semasa cuti panjang selepas SPM, aku dan bapak aku jatuh motor di jalan lama Bidor. Salah seorang abang aku yang tunggang motor satu lagi juga tergolek kerana cuba mengelak kami.


Selepas tergelimpang beberapa pusingan akhirnya aku terkapar di bahu jalan. Abang aku berkejar untuk papah dan dudukkan aku pada sebatang tiang telefon. Luka-luka kecil sahaja tetapi golengan yang panjang menyebabkan aku hilang pertimbangan. Aku dilanda 'shock'.

Sementara menunggu van datang untuk bawa aku dan bapak ke klinik Bidor, dan dalam kepala yang masih pusing dan 'shock', aku cuit bahu abang aku.

'bak sini rokok sebatang...'

Hahaha...




.

6 comments:

tasekM said...

cer bak rokok sebatang...

wah! kemahen aku punya sembang.

ha ha.

:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
err...rokok?
nak isap rokok ek?...
tak yah! hahahaa

ibundo said...

aku mengamuk sakan bila terjumpa kotak rokok dalam lipatan baju2 anak aku.pot pet pot pet aku berleter dan kotak rokok yang masih penuh rokoknya bersama-sama dengan lighter aku baling dalam tong sampai.
.
.
sekarang, aku dah tak larat nak berleter. tapi bila tiap2 minggu bagi duit poket semacam aku bersubahat pulak bila duit itu bukan saja digunakan untuk makan tapi juga untuk menyedut asap.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Laaa.. dia orang pun hisap gak? Apa nak jadi bebudak sekarang ni... hehehe

ASH said...

hehehe...
rokok?
ayah tak hisap.
adik adik lelaki pun tak.
suami pun tak..
.
.
anak anak dan MENANTU?
HARAP HARAP la jangan!!
.
.
.
.
yang hisapnya??
ARWAH NENEK AKU!!
kussssss semangat...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Jangan jadi penghisap tak langsung dah la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com