Monday, December 27, 2010

Masa-masa yang hilang, dalam kenangan...

Aku selalu memikirkan apa orang buat cuti-cuti begini. Sekejap aku tanya kakak ipar, sekejap aku tanya adik ipar, sekejap aku suruh abang aku ceritakan dia punya plan. Aku suruh kakak aku ceritakan apa dia buat dari pagi sampai malam. Kesemua perbualan melalui telefon.

Aku terasa bosan dengan gaya hidup sekarang.
Aku mahukan seperti dulu-dulu. Ya, aku mungkin sedikit konservatif. Tetapi itulah aku.


Aku rindukan kehidupan seperti 5 - 10 tahun dulu:

- Bila balik ke Melaka, adik-adik ipar (masih belajar masa itu) semuanya ada. Ramai. Kalau jalan-jalan, penuh satu kereta aku. Berhimpit pun tak mengapa. Seronok.
- Bila balik ke Perak, abang-kakak dan anak saudara ada sama-sama di rumah emak. Ramai. Bila memasak dah macam kenduri. Berebut lauk-pauk ketika makan.
- Banyak aktiviti semasa bercuti, tak kisahlah ianya tugas di kebun kelapa sawit atau meracun di sawah, atau memang bercuti sekadar berehat dan bersembang sesama kami.


Walaupun kehidupan sekarang ini banyak lebih baik daripada ketika zaman itu tetapi ia perlu dibayar pada harga yang agak tinggi untuk berubah kepada sekarang ini.


Sekarang ini:

- Bila balik ke Melaka atau Perak, tak ramai. Adik beradik dan ipar duai semuanya sibuk dengan kerjaya dan anak-anak masing-masing. Payah nak bercuti pada masa yang sama.
- Aktiviti terhad hanya dengan ibu-bapa, bukan dengan adik beradik dan ipar-duai.
- Masing-masing ada kehidupan bermasyarakat di perumahan. Keutamaan di situ.
- Anak-anak saudara pun dah besar-besar dan punyai keutamaan yang lain.


Alangkah seronoknya masa-masa dahulu walaupun kehidupan ketika sedikit 'sempit'.
Kalaulah... kalaulah...

Kalaulah aku ada modal yang banyak, mahu sahaja aku buatkan rumah-rumah untuk semua adik-beradik dan aku kumpulkan semuanya berjiran dengan aku...



Aku dah mula membenci masa yang aku habiskan untuk kerjaya aku sekarang ini.

Apa perlu aku buat?


.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

"Kalaulah aku ada modal yang banyak, mahu ahaja aku buatkan rumah-rumah untuk semua adik-beradik dan aku kumpulkan semuanya berjiran... "



Kalaulah...kalaulah...
ckLah pun nak ngaku jadi adik beradik engkau...dan dapat sebuah rumah tu.



(Balik ke blog...kita berkumpul adik beradik blog pulak nizam! Kan ramai ni...)

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Kalaulah aku kaya, memang aku buat begitu cikgu... impian aku sejak dulu lagi... lebih-lebih lagi abang-akak aku dah mulai pencen. Kalau sakit demam, boleh aku tengok-tengokkan mereka... tengah sedih ni, cikgu.

kucingorengemok said...

kami pun ada angan² tu- belah saya dah berjaya duduk berjiran (pasal 2 orang je)... belah deris lom lagi, tunggu menang 10 juta dari mana² peraduan dulu

Nizam.Ariff said...

KOG,
Bila dah umur-umur begini, kenangan mengimbau kuat... Jom masuk peraduan Petronas/shell, mana tau menang kan?

secangkir madu merah said...

nizam, itulah kehidupan. Semakin usia bertambah, semakin terasa berubah. Yg dulu tua semakin uzur nampaknya, yg dulu muda sudah berinjak tua, yg dulu budak dah semakin dewasa...masing2 sibuk dgn kehidupan seharian mengejar waktu yg tak pernah menunggu kita. Tapi pabila sesekali kita memandang ke belakang bagai ternampak nampak kesah2 semalam yg semakin jauh ditinggalkan... dan kita menjadi rindu yg terlalu...

ASH said...

Ko kena berjiran ngan aku...PALING TIDAK, anak aku pun DAH RAMAI...
hehehehhehe
.
.
.
.
hingar bin bingar..
.
.
.
.
sila buat 'family day' kat hmmmmm..AGROTECH contohnya.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kadangkala perasaan begini perlu dikongsikan bersama-sama, baru terasa ringan beban dalam fikiran agaknya...

Ashley,
Masing-masing dah 'settle down'...dah established kat tempat masing-masing...payah kak...

Linda said...

yup..kita sekarang banyak mengejar wang ringgit bagi menampung kos hidup yang makin bertambah.

Dan masa yang kita ada semakin berkurang untuk bersama keluarga...

Dan kerana itu jugalah gejala sosial bertambah-tambah dek anak yang dibesarkan dengan orang luar, tak merasa didikan ibu bapa sendiri. Bermanja dengan kawan-kawan yang adakalanya menghancurkan kawan, walaupun ada juga kawan-kawan yang berperangai elok.

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
Kata-katamu amat menusuk jauh ke sulbi hitamku...bertambah-tambah aku rindu masa lalu. Kalaulah masa boleh diputar...kalaulah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com