Sunday, December 12, 2010

Setenang air tasik di Tanah Lencun itu...

Tak. Sebenarnya air tasik di 'tanah lencun' di Putrajaya tak pernah tenang. Gelora yang kadang-kadang mencipta ombak, lebih-lebih lagi jika ada bot yang lalu-lalang, menghakis lumpur di tebing dan beting. Ombak-ombak yang mampu melambung-lambung pokok air yang ditanam di tebingnya.

Ombak-ombak yang mampu membuatkan ikan-ikan kembali ke tengah.

Itu kawan aku, anak-anaknya dan khemahnya... aku tiada


Sepetang, kami berkampung di situ, memberi ikan makan roti manakala pemilik roti pula makan mee-hoon goreng dan nasi lemak. Bukan kami yang masak dan bawa. Kami tak sempat nak masak sebab paginya ada hal lain. Aku dapat pesanan: bawak mata kail lebih, beli dedak ikan - dedak aku silap gaul. Itu sms dari kawan aku yang mengajak kami ke 'tanah lencun' kelmarinnya. Untuk hiburan anak-anak, katanya. Dia datang lebih awal daripada aku.

Semasa anak-anak kami bermain, kami bersembang. Baru aku tau, ibunya telah lumpuh dari paras pinggang ke bawah, akibat kemalangan. Ibunya duduk di belakang tanpa pakai talipinggang keledar. Akibat hentakan dan inersia, ibunya terdorong ke depan dan tulang belakangnya cedera. Manakala adik dan ayahnya yang duduk di depan dan memakai talipinggang keledar cuma cedera sedikit. Itulah peringatan kepada kita semua. Ada sebab kenapa talipinggang keledar di belakang itu dipasangkan pada kereta - untuk kita gunakannya.

Suasana riuh rendah dengan suara anak-anak kami yang tak sabar-sabar memancing ikan. Seketika kemudian, adik-adik iparnya sekeluarga, adiknya sekeluarga dan ayah mertua kawan aku itu sampai. Lagi riuh suasana di 'tanah lencun' itu. Si atuk bermain dengan cucu-cucunya memancing ikan. Tak lama lepas tu, pakcik dan makcik 'guard' di situ turut menolong anak-anak kecil yang riuh rendah itu memancing anak-anak ikan.

Bila dapat seekor ikan yang pertama, suasana lebih kecoh dengan jerit tangis mereka kerana berebutkan ikan: seorang mahu letak ke dalam air, yang lain mahu letak di dalam baldi untuk dimain.

Lewat petang, adik ipar aku dan keluarganya datang pula.

Dia kata, di tepi-tepi begitu tak ada ikan besar. Ikan besar-besar di tengah-tengah sana, kena naik bot sewa.

Bila dengar begitu, aku terus gulung semula pancing aku dan kemas semula.





.

9 comments:

secangkir madu merah said...

aku memancing di daratan je..

laaaaa 'aku' tu kau rupanya, dah tukau nama pulak...

Aku said...

SMM,
Memancing di daratan dapat orang kak...

kakpah said...

kau gulung pancing dan kemas untuk masuk dalam bot ke atau masuk kereta, balik. mana ikan yang kau dapat.

Aku said...

Kakpah,
Kemas untuk balik la kak. Cari ikan kat seafood restorant lak. Hahaha... ikan tangkap lepas.

tasekM said...

ngape 'tanah lencun'?




.

ashley said...

aku tolong jawab kat TM, sebab nunjukkan KESUBURAN!!
haha

Aku said...

TM,
Tanah lencun = wet land
hahaha

Ashley,
Ooo.. lencun tu kesuburan ek?
Aku baru tau...

ashley said...

Jap,
hari tu WET LAND under reconstruction..dah buka balik pada public ke?

Aku said...

Ashley,
Entah... tu wet land lain kut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com