Wednesday, December 8, 2010

Tambak Sebelong

Ya. Nama tempat itu bukanlah nama tempat yang biasa-biasa kita dengar. Itulah Melaka. Melaka maju.


2 kali aku berulang ke situ dalam 2 hari yang berturutan. Saja mencari kelainan dalam ikhtiar terhadap tangan kanan aku yang doktor dah sahkan sebagai 'frozen shoulder'. Kalau ikut doktor, dia nak potong je. Tapi, doktor tu sendiri yang kata tiada jaminan selepas 2-3 tahun perkara tu tak akan berulang. Bila aku tanya apa yang patut aku buat, doktor kurang hensem tu kata, aku kena belajar hidup dengannya. Terima kenyataan yang aku telah cacat. Kisah ini pernah aku masukkan ke dalam entry dalam tahun lepas rasa-rasanya. Kisah di Darul Ehsan.


Aku tertarik dengan nama Tambak Sebelong. Bila ditanyakan kepada orang yang tinggal di situ, dia pun kurang pasti macam mana nama itu boleh wujud. Malah, banyak nama-nama pelik wujud di Melaka. Ia berkadaran dengan masyarakat majmuk yang ada sejak Melaka menjadi pelabuhan 'entreport' beratus-ratus tahun dulu. Ya, inilah antara warisannya.


Kalau ikutkan rasa, aku nak tulis banyak lagi tapi tangan aku lenguh. Tak boleh tulis banyak-banyak. Macam mana aku nak jadi 'journalist' ni...



.

6 comments:

tasekM said...

celah mana tambak sebelong tu...? apsal aku tak tau nih..? he he.

gi urut tak bulih ke bang...?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hahaa.. apa la ko nih. Dah duduk kat Melaka 19 tahun pun tak tau lagi. Melaka bukannya besau sangat pun.
Ni g urut le ni, tgh betulkan urat yang tersepit.

ASH said...

Sian..
angkara demam hari tu kah atau angkara tangan ini yang menyebabkan demam?
.
.
.
tambak sebelong?
bunyi macam tempat dalam cerita cerita pontianak jer..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Entahla kak. Tengok nasi pun rasa mual je...

Ismail Fitry said...

Hmmm...

Banyakkan bersabar. dan jangan putus doa. Untuk orang Islam, doa itu adalah senjata yang paling utama. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.


Wahh...Macam ustatlah pulak.

Nizam.Ariff said...

Ismail Fitry,
Salam. Ni tengah sabarkan diri sebab tak dapat nak tulis entri panjang-panjang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com