Wednesday, January 5, 2011

Boleh tambah free tapi ...

Setiap kali lalu di Taman Maju, Jasin, pasti teringatkan Cendol tambah-free ini. Gerainya terletak di tepi jalan tak jauh dari simpang Taman Maju, Jasin, yang penuh dengan deretan pokok Mahogani yang terkenal dengan Buah Tunjuk Langit itu. Tempat aku membongkok-bongkok mencari buah yang bertaburan apabila bekalan dah susut banget.




Gerai ini sederet dengan beberapa gerai yang lain. Asalnya, tempat itu adalah tempat gerai FAMA. Bahu jalannya luas, senang nak berhenti dan parking. Yang menarik tentang gerai Cendol sekarang ini ialah promosi 'boleh tambah free'. Termasuklah gerai yang ini. Pesan semangkuk lepas tu boleh tambah suka hati berapa kali pun, tapi...

Ais, cendul, air gula melaka ada disediakan di dalam bekas-bekas kedap sejuk dan diletakkan di atas meja. Siapa-siapa nak tambah, silakan.  Harga semangkuk tetap sama. Tak bertambah, tapi...


Kecuali santan. Aku tak nampak santan untuk tambah. Tak ada pula bekas kedap sejuk yang bersantan di dalamnya. Aku rasa, kalau nak tambah santan, kena pesan semangkuk lagi.

Mungkin juga santan tak boleh dibiarkan di dalam bekas kedap sejuk itu sebab santan mudah basi. Dan aku pun tak tanya sama ada boleh tambah santan percuma....




.

13 comments:

tasekM said...

santan kena bawak sendiri ok... ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ce ko try tanya, santan bulih tambah tak... ko tau kan tempat tu?

tasekM said...

ko mmg yakin tak tentu hala, kan...? ha ha.

aku tak tau lah. ayer keroh je aku expert.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ala... Dari Ayer Keroh ke Jasin... sampai kat simpang Tmn Maju tu, depan sikit je tepi jalan... ada kelapa muda gak kat situ.

tasekM said...

taman maju tu celah mana...? tang pekan..?



.

Nizam.Ariff said...

TM,
kalau dari Ayer Keroh,belum sampai pekan Jasin lagi. Selepas Masjid Ghaffar tu...

Melati Putih said...

Mengidam nak pekena cendol lagi, hahaha.

ckLah @xiiinam said...

Cendol.....?

Ahhhhhhh, aku hanya mampu merenung dan menelan air liur sendiri, sejak menjadi doktor yang terpaksa menusuk suntikan insulin ke tubuh sendiri....huhuhuhu....

aza ni said...

alam zam
aku rasa toke ni geng leman dawi yg famous kat ns....

Nizam.Ariff said...

Melati,
Sabtu ni jom balik kampung...

Cklah,
Sekali sekali tak apa, ubat... kata orang.

Azani,
Aku rasa tak. Mak dara ni orang Kedah, duduk kat Tmn Maju tu. Cuma, mungkin dia guna konsep yang sama kut...

ibundo said...

santan mahal. aku sekarang ni nak beli kelapa pun susah. orang taknak jual kelapa. dorang jual santan. kalau ada pun pun kelapa sebijik sampai dekat dua ringgit. cekik darah betul.
so.. bawak je santan dari rumah lenkali..

Nizam.Ariff said...

kakpah,
aku pakai santan peket serbuk.
mana sedap...

Anonymous said...

terbaik cendol ni..leleh ayor liokkkk..-dak ann-

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com