Wednesday, January 26, 2011

Crop Circle sawah padi, bagaimana yek..?

Salam muhibbah...

Tadi aku terbaca dalam koran Berita Harian Online cerita Dunia tentang 'Crop Circle' di Indonesia. Gambarnya aku tampalkan di sini (ehsan BHarian Online)...





Aku anak sawah. Sawah padi memang menjadi nadi aku semasa kecil dulu dan budi tanah sawah itu masih mengalir dalam tubuh aku dan ia akan terus mengalir hingga aku mati. Ketika itu, baru ia mengalir keluar disedut cacing tanah dan serangga lain. Aku kurang pasti tentang edisi 'crop circle' di Eropah sana kerana aku tak tau bagaimana gandum dan jagung di tanam secara komersial. Tapi, kalau di sawah, aku agak mahir.

Sayugia diingatkan bahawa aku bukan menyangkal atau mengiyakan kejadian di Indonesia itu kerana aku tidak lihat sendiri di depan mata. Aku hanya cuba mengutarakan satu cara untuk buat 'crop circle' selain daripada menginjak-nginjak pokok padi itu.


Zaman dahulu, padi ditanam mengikut peringkat-peringkat umurnya. Benih padi disemai di tapak semaian yang dibuat khas dari lumpur lembut yang dibawahnya dilapisi dengan daun-daun pisang. Biji padi akan ditaburkan di atas lumpur basah dan ditutup dengan pelepah kelapa untuk elak dari dimakan burung. Setiap hari ianya perlu disiram dengan air kerana petak semaian ini dibuat di atas darat. Daun-daun pisang ini untuk memudahkan ketika anak padi itu dipindahkan nanti. Bila anak padi di tapak semaian itu setinggi kira-kira sejengkal, ia akan dipindahkan lagi ke tapak semaian kedua. Pada kali ini, tapak semaian itu dibuat di petak sawah.

Apabila anak padi itu mencecah ketinggian separas lutut budak sekolah rendah, sekali lagi ia dicabut dan barulah ianya ditanam mengikut grid 1 kaki x 1 kaki menggunakan 'kuku kambing'.

Itu dulu-dulu, kurang komersial.


Sekarang ini, biji padi yang telah direndam dan ditoskan 2-3 hari akan mula pecah dan tunas akar akan muncul. Ketika ini, benih padi akan dimasukkan kepada mesin 'Blower' yang akan ditaburkan di petak-petak sawah. Sebelum itu, petak-petak sawah itu telah di 'rotor' atau di bajak dan diairi beberapa kali sehingga rata. Selepas beberapa minggu, anak padi akan membesar dan tumbuh rapat-rapat kerana benih itu ditabur dan bukan di tanam menggunakan kuku kambing secara tradisional.


Ok.

Membajak menggunakan traktor. Jika traktor ini meninggalkan kesan tayar yang dalam pada selut lumpur dan tidak dicangkul semula supaya rata, biasanya, benih padi tidak dapat hidup kerana tapak tayar traktor itu lebih dalam, lebih kurang 1-2 kaki.

Jika ada drebar traktor itu kreatif dengan membuat beberapa pusingan 'U' di tengah-tengah sawah, apabila padi telah berumur 2 bulan, kesan tayar traktor itu tidak ditumbuhi padi.

Hasilnya.... crop circle yang kreatif hasil kreativiti di dredar traktor itu. Dan kita boleh panggil orang ramai, buat pameran dan jual gambar....

Satu pendapatan sampingan untuk pesawah sementara tunggu padi masak ranum...





.

19 comments:

AZANI said...

salam zam
begitu sekali kupasan anda...sah ..anda hands on...
boleh diketengahkan...moga jadi kenyataaan satu hari...bila terlihat di majallah 3 satu hari nanti,aku tahulah ide siapa .

kakpah said...

dulu kalau orang bajak sawah, aku suka ikut kat belakang sambil menangkap puyu yang melompat-lompat. satu kenangan......

Aku said...

Azani,
nanti kita buat pameran sama-sama ek... hahaha

Kakpah,
Aku pulak selalu tangkap ikan haruan atau keli yang putus badannya kena bilah rotor. Eh, akak dah sihat ke ni?

tasekM said...

crop circle nih kat ladang sawit pun aku bulih buat!







tak teragak2, kan buat kenyataan.
ha ha.





.

Aku said...

TM,
kalau cenggitu, kat padang bola pun boleh buat pakai mesin rumput dahk? hahaha

tasekM said...

aku ingat padang bola tak mencabar sgt la tapi kalau buat kat ladang sawit tu jenuh juga nk memikior nk membuatnya tu.

cer tolong bagi cadangan sikit encik enjinnyor. ko kan rajin benor nak menyelesaikan masalah org.

he he.




.

Aku said...

TM,
ladang sawit .. peguam yang terer buat 'Corpse Circle'.. hahaha

tasekM said...

ye tak ye kan...

aku setuju.
aku setuju.






.

Aku said...

TM,
..semedang setuju je...:)

tasekM said...

dah betul aku setuju la.
ko ingat senang aku nk setuju dgn ko.
kita kan kuat bergaduh!



ha ha.




.

Aku said...

TM,
Harap2 tak de peguam nak saman aku...hahaha

kucingorengemok said...

oi korang berdua ni... tau² jadi abu kat bagan la-lang baru tau

Aku said...

KOG,
Dia orang tak tau aku kat mana ... tapi dia org tau Tasek kat TTU.. hahaha... Tasek punya abu kalau masuk guni penuh lori 3 tan nih..
HAHHAHAHAHA

tasekM said...

ko ni kalau tak bergaduh dgn aku jadi tak selera makan nasik gamaknya nih....

:p







.

Aku said...

TM,
peace..peace.. hahaha

SeKunTum LaVenDer said...

Yeke? Kalau tak, ada org yg berpendapat...setiap kali selepas berlakunya kejadian volcano...mesti ada kemunculan UFO. Ada la yg berpendapat begitu...tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya. Huhu.

Aku said...

Syirah,
Itu aku agak-agak je...
Tapi kan, pandai betul UFO tu menyorok ek?

SeKunTum LaVenDer said...

Tapi saya pun tak rasa itu UFO. Cuma mungkin org yg berpendapat begitu sebab kebetulan setiap kali selepas berlaku volcano...then konon2 muncul la tapak pendaratan UFO. Kononnya laaa...

Aku said...

Syirah,
Menarik tu... jom kita pegi tinjau nak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com