Wednesday, January 19, 2011

Duduk sebentar dan bersandar

Mari kita sama-sama luangkan masa untuk merenungi tahun-tahun yang mendatang ini...
10 minit sahaja. Kita mulakan dengan Bumi ini yang semakin hari semakin kuat latahannya.


Semakin kerap ia menangis, semakin kuat gegar bahunya dek sedu-sedan.



Semakin ia hilang imbangan akal, sekejap ketawa dan sekejap menjadi amarah. Perasaan ibu tua yang semakin hilang warasnya. Semakin payah untuk kita agak kelakuannya.




Kemudian kita lihat Matahari. Dapat dirasakan yang ia semakin mencemburui kita. Dan Bulan pula, kalau dulunya dipuja kini dah jarang ia dipuja-puja dalam lagu.

Dengan kata lain, sistem cakerawala semakin bercelaru...menuju ke arah yang satu itu. Ya, yang satu itulah.


Dan kita cuba lihat diri kita. Kerana alam atas dan alam bawah sama-sama berkaitan. Dalam diri kita ada Bumi, ada Matahari dan ada Bulan ( lihat: 'dalam diri' dan aku tak tulis 'di dalam diri' ). Sistem cakerawala langit bawah ini juga semakin bercelaru. Fikiran kita bercelaru dengan hal-hal sekeliling. Persaingan yang kadang-kadang tidak perlu ada. kenapa perlu bersaing dan tertekan sehingga mengganggu cakerawala kita sendiri. Fikirkanlah.


Kita sesama kita yang mencipta semua kegilaan ini.

Tak bolehkah kita duduk bersandar sebentar dan fikirkan, apa perlu kita lakukan semua ini? Tidak penatkah dengan semua ini?


Kadang-kadang, aku terlalu penat dan seolah-olah ingin larikan diri ke satu tempat yang tidak ada kegilaan ini. Memanglah 'bekerja seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi' tapi tidak ingatkah kita akan penghujung jalan ini?


Sungguh celaru... fikiran aku celaru...




.

6 comments:

tasekM said...

mmg gua nk bersandar je nari.
gua demam.
dah 2 hari.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu la.. jangan tulis entri panjang-panjang, kan ke demam dah...

aza ni said...

salam zam
aku dah lama tersandar...

tengok ke langit,matahari duha menyilau yang amat..tengok angin berjerebu...lelah beb..

aza ni said...

salam tas
kau ambil hati sangat dgn komen budak tu...anggap yang baik...
tumpang lalu zam....

secangkir madu merah said...

malam malam ni rasa lapar lak perot ni... ada apa2 boleh dimakan tak?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Selalu juga kisah ko jadi kekuatan aku...

Azani,
Kan ke sebelum tu Tas ada cerita tentang SInga dalam baju dia... hah, singa dia dah keluar la tu... hahaha

SMM,
Kak, dah dekat tido la kat. Takkan nak makan. Akak tido lepas tu makan dalam mimpi je la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com