Sunday, January 9, 2011

Kecelaruan minda...

Kecelaruan minda sering dikaitkan dengan kegagalan mengatur emosi dalam diri. Minda aku bercelaru. Aku itu. Dan aku bukan mewakili mana-mana individu. Itu aku.

.........................

Bercerita lagi tentang ekonomi. Kebajikan diri kerap berkurang apabila pendapatan menjadi kurang setimpal dengan perbelanjaan yang meningkat. Kalau dulu-dulu aku naik motor pergi kerja. Namun atas faktor keselamatan (dengan statistik >50% kemalangan maut penunggang motor), aku bertekad memandu kereta walau minyak dan tol adalah kos tambahan. Lagi pun, naik motor ni bak kata orang, kita langgar orang kita jatuh, orang langgar kita pun kita jatuh. Kalau tak mati pun, kalau teralih sedikit tulang belakang pun, sengsaranya sepanjang hayat.


Kini, apabila imbangan pendapatan=perbelanjaan teralih akibat beban kos perbelanjaan naik, fulkrum asal terpaksa diganjak tapaknya ke satu tapak yang baru. Lokasi fulkrum gaya hidup baru ini biasanya akan mencantas perkara-perkara yang dianggap bukan asas. Nampak gayanya, kereta mungkin bertukar motor untuk pergi kerja walau keselamatan aku adalah perkara asas sebenarnya.


Keselamatan dan kesihatan sering menjadi korban cantasan kos sara hidup walau sebenarnya itu-itu adalah perkara paling asas, selain makan-pakai dan tempat berlindung. Orang zaman batu pun pandai menyorok di dalam gua atau bina rumah di atas pokok bagi menjamin keselamatan. Itu kalau zaman batu. Zaman sekarang, jaminan tambahan adalah dalam bentuk insuran perubatan.


Bertahun-tahun aku bayar insuran perubatan tapi syukur, aku belum pernah gunakannya lagi. Walau terasa seperti membazir tetapi ia satu cara menyediakan dana perubatan diri apabila diperlukan entah bila-bila, selain daripada menyimpan RM100K dan biarkan ia disitu. Boleh? ... Kalau tak boleh, baik cepat-cepat cari Tijah ... hahaha....


Kepala berserabut, bagi perokok tegar, keserabutan kepala itu biasanya cuba dirungkai dengan hisap rokok berbatang-batang lagi. Kononnya, lampu idea yang 'pling' itu bakal muncul dalam kepulan asap rokok ibarat jin 'poweroot' yang hijau dan kuning itu.


Aku?
Aku masih mencari formula. Itu azam aku tahun 2011 ini.



.

9 comments:

aza ni said...

salam zam
dah dapat formulae nanti pass kat kita orang

Nizam.Ariff said...

Azani,
As-salam. formula asyik bertukar je...selari dengan bertukarnya harga petrol, minyak masak dan tepung putih...

tasekM said...

aku rasa begini.
ini semua ada kaitan dgn peningkatan taraf hidup.
bila kita dah bekerja.
dah berduit.
dah mampu utk beli itu ini.
kita mula merancang utk yg lebih baik utk hidup kita.
perlukan rumah besar. mungkin lebih dari satu. rumah kayu mungkin tak rasa sedap.
perlukan kereta. naik motor dah rasa tak selamat.
nak ada insuran. mungkin akan rasa lebih terjamin.
kita mulai cuba utk mengawal diri dan keperluan diri.

ok. aku bercakap mengenai aku.
bila ini semua berlaku, rasa pergantungan kepada yang Maha Pencipta makin kurang.
kerana aku rasa aku mampu utk itu ini.
dan akhirnya, minda dan jiwa makin celaru.
akulah tu. aku.

berbeza dgn aku kecik2 dulu.
umur 10 tahun dah yatim.
hidup mengharap ehsan org lain.
sgt minimalis.
dan setiap langkah aku, setiap apa yang aku buat.
semua dgn penuh tawakkal tu alallah.
pergantungan sepenuhnya pada Dia.
dan. hakikatnya.
segala urusan aku dipermudahkan setiap satunya.
kesempurnaan mungkin tak nampak pada apa yang aku miliki pada zahirnya namun pada jiwa, aku cukup tenang dan bahagia.

aku...
tak kuasa nak cari formula.

ok.
aku mmg teruk!!!
aku tau itu...





.

tasekM said...

err... gua dah kayakan lu.
sila belanja gua.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Komen ko amat bernas.. menusuk ke rongga dada. Ya, aku lupa bahawa setiap masa kita bergantung kepadaNya. Aku sombong kepadaNya...

TM,
Aku pun dah pagi-pagi tadi kayakan lu 25sen lagi... hahaha.

ckLah @xiiinam said...

Errgghh...ckLah yang sedang celaru tak mampu nak bagi komen takut lagi celaru.....



Salam Nizam....


:D

Nizam.Ariff said...

Salam Cklah, Semoga sihat selalu.
Avatar yang menarik!.. satu permulaan yang cantik, cikgu...

ASH said...

TM,
terharu..
Aku..selamilah nasihat TM tu!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dah selam jauh ke dasar Marina Trench

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com